MASIH ADA YANG SAYANG❤️BANTUAN BULANAN MASIH DITERUSKAN…

Satu hal kita lupa, setiap yang Allah bagi Rezeki kat kita, ada terselit rezeki orang lain, melalui kita Allah bagi rezeki itu untuk orang yang lebih memerlukan!! Bila kita dah senang, kita lupa orang disekeliling kita,kita lupa sedara mara kita yang ntah makan ntah tidak, kita lupa jiran kita secupak beras pun tak ada… Kita lupa pada orang yang lebih memerlukan disekeliling kita!!

Selalu pesan pada anak2, kita senang, kita kena niat nak bantu orang yang susah, selalu tengok orang yang susah pada kita, kena ingat, kita tak sentiasa senang, hidup ni macam RODA , kadang kita diatas, kadang kita dibawah!

Riadah petang bersama anak2 sampaikan bantuan yang telah disumbangkan oleh sahabat sahabat semua, walau sikit, ramai ramai jadi bukit,semoga kita sentiasa diberikan rezeki yang melimpah ruah seperti air sungai yang mengalir takkan putus, semoga kita sentiasa istiqomah dalam menyalurkan bantuan..

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

What U give, u get back..

Jom jadi orang baik2
Together we are stronger

Fiza
Sukarelawan 3rd force
Bachok Kelantan.

Related Post

Leave us a reply

*

*