SAHAM AKHIRAT UNTUK SEMUA : SURAU AWAM GONG MEDAN BESUT TERENGGANU

9 Ogos 2018 – Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memudahkan kerja-kerja pembinaan surau ini yang bermula pada hari semalam.

Semalam tukang-tukang kita yang kesemuanya pelajar dan ustaz pondok tahfiz Seligi sempat menyiapkan kerja-kerja mendirikan tiang-tiang walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Abangraja sentiasa berpesan agar kita berjimat cermat dan tidak melakukan pembaziran dalam setiapprogram pembinaan kita apa lagi pembinaan surau…

InsyaAllah hari ini tukang kita akan dapat menyiapkan kerja-kerja beam bawah. Mengikut plan kita hari sabtu ini dapatlah kita masukkan tanah atau pasir ke dalam bahagian dalam beam.. Kita mungkin tidak menggunakan tanah kerana memandangkan kawasan ini mempunyai banyak anai-anai. Abangraja dah bagi duit tadi untuk beli racun anai-anai bagi ditabur sebelum pembinaan di teruskan.

Kos menambun pasir ini agak tinggi sikit berbanding tanah tapi takpelah kita cuba dulu buat setakat yang mampu. Ada tokey pasir yang sudi bagi free pasir untuk kita bina surau ini cuma kos transport pulak banyak sebab lokasinya jauh dari tapak surau di Pasir Puteh Kelantan.

Kita menganggarkan memerlukan dalam 5 lori pasir untuk menambun pasir bahagian dalam beam. Bahasa orang kerja pembinaan mereka panggil pasir kotor.

Pada pagi ini kami terserempak dengan seorang nurse Klinik Kesihatan berhampiran tapak surau ini.. dia bertanya…

Nurse : nak buat apa ni dik?

Sukarelawan : nok buat surau untuk orang ramai…

Nurse : iya ke? Alhamdulillah… Lama dah akak harap ada surau dekat kawasan sini. Masjid sudah ada tapi jauh sikit dari kawasan Klinik ni. Susah orang yang datang Klinik ni nak solat. Kadang-kadang akak tengok ada yang solat kat atas wakaf jer. Dengan siapnya surau ini nanti bolehlah staff-staff dan orang ramai solat di tempat yang lebih baik.

Bayangkanlah betapa banyaknya pahala yang kita semua akan dapat melalui projek pembinaan surau ini sebab ia bakal di gunakan ramai orang terutama pesakit, keluarga pesakit, pengunjung dan kakitangan pusat kesihatan yg berhampiran surau ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar surau ini dapat disiapkan secepat yang mungkin untuk kemudahan orang ramai di kemudian hari. InsyaAllah jikalau mengikut jangkaan tukang kita, surau ini dapat disiapkan dalam tempoh 3 minggu.

Abangraja telah lama merancang untuk bina surau ini namun kesibukan beliau jadikan projek ini delay. Tapi kali ini abangraja kata tak nak delay dah. Ada duit ke tak beliau tetap nak kami semua bantu beliau siapkan jugak sebab saham akhiratnya sangat besar katanya.

Kepada yang ingin menyertai SAHAM akhirat ini bersama abangraja bolehlah mesej ke inbox Facebook page abang raja untuk detail bagaimana boleh sama-sama menyumbang atau boleh WhatsApp abangraja di 0173872232.

Yang benar,
Julah
Sukarelawan thirdforce
Besut Terengganu.
9 Ogos 2018

#projeksuraugongmedan
#jomjadiorangbaikbaik
#thridforce

Related Post

Leave us a reply

*

*