KERUSI RODA REKAAN KHAS UNTUK ASNAF OKU

LEKIR, 9 September 2018 – Hari ini seramai 4 sukarelawan The Thirdforce Perak telah menziarahi Pn Hasiah Yusoff seorang asnaf OKU di Batu 14, Lekir untuk menyampaikan kerusi roda rekaan khas.

Puan Hasiah yang dikenali sebagai Mak Teh, 55 tahun adalah seorang OKU yang ditemui sukarelawan TF semasa mengagihkan Pek Ramadan kepada keluarga asnaf di kawasan Lekir. Beliau adalah seorang balu yang tidak ada anak dan hanya bergantung kepada bantuan dari Baitulmal sebanyak RM350. Suaminya meninggal dunia beberapa tahun yang lepas semasa berumur

Makcik Hasiah tidak boleh berjalan akibat penyakit kencing manis yang kronik. Pada kali pertama kami berjumpanya, beliau mengawal papan beroda dengan dua belah tangan untuk bergerak. Papan ini dibuat oleh kawannya dan ada beberapa bahagian yang telah rosak atau patah. Ini mungkin kerana berat badannya. Makcik ini juga telah terjatuh beberapa kali dari papan beroda semasa ke tandas.

Berikutan hasrat Mak Teh untuk mendapatkan satu kerusi roda bermotor untuk dapat memudahkan pergerakkannya maka pensyarah Kolej Vokasional Seri Manjung yang terdiri dari En Mohammad Zaki, En Ridaudin, En Shariman dan En Husnuzon telah bertekad untuk menyiapkan projek mereka kerusi roda khas untuk memudahkan kehidupan Mak Teh. Dengan tekad dan semangat berpasukan, para pensyarah tersebut telah berjaya menyiapkan projek kerusi roda yang kedudukannya rendah bagi memudahkan pergerakan dan penggunaan harian beliau. Kerusi roda ini juga dilengkapi tempat duduk yang lebih selesa dan boleh menampung berat badan Mak Teh yang dijangka dalam lingkungan 100 kg. Setelah mengambil kira keadaan fizikal Mak Teh dan juga cara kehidupan beliau, team rekabentuk tidak memasang motor kepada kerusi roda.

Penyerahan kerusi roda khas ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Syed Sharim bin Shayid Khalim, Pengerusi Thirdforce Perak hari ini.

Penyerahan yang sungguh menyentuh perasaan Mak Teh dan juga semua yang hadir.

Jom Jadi Orang Baik-baik.

Together we are stronger.

Dilapor oleh:
Miss Cheah
9 Ogos 2018

Related Post

Leave us a reply

*

*