BANTUAN SUMBANGAN MESIN OKSIGEN KEPADA ADIK AIMAN

13 Ogos 2018 | Pasir Puteh – alhamdulillah pagi ini tiga orang sukarelawan Thirdforce bersama wakil penduduk Abang Zack telah menyerahkan mesin oksigen kepada adik Aiman di Kampung Wakaf Bunut, Limbongan.

kita telah menerima sumbangan mesin oksigen daripada penyumbang di Kampung Beta Hilir untuk disumbangkan kepada adik Aiman.

Dengan adanya mesin oksigen ini, bebanan menyewa mesin oksigen RM350 sebulan yang keluaga adik Aiman tanggung ini dapat dikurangkan dan duit sewa itu boleh digunakan untuk membeli keperluan lain.

Ibu bapa Adik Aiman mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada penyumbang, sukarelawan dan semua yang membantu keluarga ini.

Melihat Kepada rauk wajah adik Aiman, kami dapati seolah-olah dia begitu gembira melihat sukarelawan membawa mesin oksigen kepadanya.

Jom jadi orang baik-baik

Laporan oleh Ramadan, Adi dan Faizal
Sukarelawan Thirdforce

#the3rdforce #togetherwearestronger #jomjadiorangbaikbaik
#adikAimanWBunut
#RajaShamri2022

Related Post

Leave us a reply

*

*