MENERIMA SUMBANGAN SEBUAH TONGKAT UNTUK KEGUNAAN WARGA EMAS DARIPADA KELUARGA BESAR THIRDFORCE.

Alhamdulillah hari ini Thirdforce pasir puteh di datangi seorang hamba Allah dari Machang yang bernama kak Rasyidah untuk menyumbangkan sebuah tongkat.

Tongkat tersebut masih lagi berbalut dan ianya masih baru lagi. Asalnya Kak Rasyidah membeli tongkat ini untuk kegunaan arwah ayah beliau namun tidak sempat di gunakan.

Jadi Kak Rasyidah bercadang untuk sumbangkan kepada thirdforce pasir puteh kerana dia tahu sukarelawan di sini lebih tahu mana-mana asnaf yang lebih memerlukan khususnya warga emas. Dan juga sedikit sumbangan wang ringgit untuk di niatkan sedekah buat arwah ayah kak Rasyidah.

Terima kasih kepada seluruh keluarga besar thirdforce di Malaysia yang terus memberi sokongan gerak kerja kami. In sya Allah kami akan tolong sampaikan amanah yang tuan dan puan berikan supaya sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

Terima kasih kak Rasyidah. Semoga pahala sumbangan ini akan mengalir berterusan kepada arwah ayah beliau. Aamiin…

JOM JADI ORANG YANG BAIK BAIK!!!

Laporan Adi

#RajaShamri2022
#WeAreTheThirdforce
#TogetherWeAreStronger

Related Post

Leave us a reply

*

*