KASIH ABANG YANG TAK BERPENGHUJUNG

Tiada kata sanjung yang sesuai untuk diungkapkan untuk Saudara Zaidi Ramli yang telah korban hampir keseluruhan masa mudanya untuk menjaga dan membela adik-adiknya yang yatim piatu sejak 12 tahun yang lalu. Bersandarkan kerja sebagai seorang tukang kayu beliau bertengat untuk membesarkan adik-adiknya yang seramai 8 orang termasuk dirinya. 3 lelaki dan 5 perempuan

Sejak berusia 19 lagi tahun Zaidi telah mengambil tanggungjawab untuk menjaga keluarganya kerana bapa mereka sudah tidak kuat lagi untuk bekerja kerana penyakit kencing manis. Manakala ibu mereka meninggal kerana serangan panyakit asma.

Dua antara mereka masih lagi bersekolah. Yang lain sudah tidak mampu lagi untuk di sekolahkan sesudah tamat tingkatan 5. Seorang dari mereka adalah murid berkelainan upaya, sedang belajar di kelas khas SMK Geting, Tumpat, Kelantan. Manakala adik yang bongsu Norazlina berada di tingkatan 3 di sekolah yang sama.

Keadaan rumah mereka yang sangat uzur mencerminkan mereka sedang berada dalam kesempitan dan tidak mampu untuk membaikpulihnya. Saudara Zaidi telah menghabiskan usia muda untuk berbakti kepada adik-adiknya. Ikatan mereka adik beradik terlalu kuat. Kagum melihatkan kegigihan Zaidi. Zaidi lah ibu, Zaidi lah bapa untuk mereka. Mereka tidak sanggup dipisah. Masing-masing mengasihi antara satu dengan lain.

Dalam ziarah kami petang ini, Zaidi memaklumkan yang beliau sudah seminggu tidak bekerja kerana kehabisan bahan binaan. Begitu berat ujian untuk mereka. Kita doakan semoga mereka terus tabah. Si bongsu yang baru pulang dari sekolah kelihatan sangat letih. Mungkin tidak cukup wang untuk berbelanja di kantin.

Kita sama-sama doakan semoga mereka dapat melepasi ujian yang berat ini.
Mungkin berat mata kita memandang, tapi yang pastu, berat lagi bahu yang memikul.

Jom kita sama-sama hulurkan bahu untuk sama-sama memikul untuk meringankan beban yang ditanggung.

Kak Yong
TF Pasir Pekan
0179239831

Related Post

Leave us a reply

*

*