AMAL ISLAMI SRIDAF 2018

Alhamdulillah pagi ni abangraja berkesempatan untukmerasmikan Program Amal Islami Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) di Besut.

SRIDAF adalah satu-satunya sekolah rendah islam di daerah Besut dan merupakan antara agenda penting program bantuan menyeluruh yang abangraja letakkan di bawah jihad pendidikan thirdforce.

Sejak penubuhan SRIDAF 3 tahun yg lepas abangraja telah gerakkan bantuan tak berbelah bagi untuk perkembangan SRIDAF meliputi bantuan infrastruktur, pengisian ilmu dan khidmat nasihat pengurusan dsbg.

Hari ni program amal islami menampilkan para pelajar dalam pertandingan azan, bercerita, baca khutbah dan juga berbicara dalam bahasa arab dan bahasa inggeris.

Sejuk hati tengok anak-anak yang dilatih dengan modul tahfiz dan akademik ini makan dalam talam beramai ramai waktu rehat sebentar tadi yg pastinya memupuk sifat tolak ansur, kasih sayang dsbg.

Semoga Allah sentiasa berikan kita peluang utk mengumpul sebanyak mungkin pahala bekalan utk kita ke sana nanti.

InsyaAllah.

Related Post

Leave us a reply

*

*