SELEPAS LEBIH SETAHUN : ALLAH HADIRKAN KAMI UNTUK BANTU HAFIZ AL-QURAN

16 Ogos 2018 | Selising -Masih ingatkah tragedi adik- adik pusat Tahfiz Al-Hashimi yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke Kota Bharu untuk hadir daurah tafsir alquran. Kemalangan yang melibatkan seramai 14 mangsa dan 7 orang meninggal dunia telah menyentuh hati kita semua satu masa dahulu.

Beberapa hari lepas, kita baru sahaja menerima whatsapp yang dihantar kepada kita menyatakan bahawa salah seorang pelajar yang terlibat dan disahkan paling kritikal memerlukan bantuan susu dan Pampers serta bantuan bulanan.

Muhammad Faiz Hafizuddin 17 tahun, antara mangsa kemalangan yang dilaporkan paling kritikal pada ketika itu. Kini dia tinggal bersama kedua orang tua dan 4 orang adik-adiknya di kg. Selising, Pasir Puteh. Adik Faiz berjaya hafal 30 juzuk Al-Quran semasa berusia 16 tahun di Pusat Tahfic Ct one islamic centre. Doktor mengesahkan, adik ini lumpuh separuh badan dan memerlukan seratus peratus perhatin dan penjagaan daripada kedua ibu bapanya. Beliau kini masih lagi memerlukan rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setiap bulan.

“Berbeza dengan sebelum ini, adik Faiz kini petah bercakap dan suka bergurau” kata ibunya semasa sukarelawan Thirdforce hadir di kediaman mereka pagi tadi. Walaupun hampir setahun terlantar diatas katil, ingatannya masih kuat. Setiap petang, dia juga mengajar dan memperbetulkan bacaan al-Quran adiknya.

Anak kedua dari lima beradik, masih kuat semangat untuk kembali berjalan meneruskan hidupnya. Berasal daripada keluarga sederhana, ibunya seorang suri rumah, manakala bapanya pencen tentera. Semua kos perbelanjaan keluarganya hanyalah bergantung kepada duit pencen bapanya.

Kos perbelanjaan adik Faiz ini sahaja hampir mencecah RM3000 ringgit sebulan termasuklah untuk ubat-ubatan, pampers, susu, stoking, pengangkutan (Ambulan) untuk bawa adik Faiz ke hospital dan lain-lain. Ini sudah semestinya tidak mencukupi. Sebelum ini, telah banyak pihak membantu keluarga ini termasuklah pihak pengurusan Tahfiz tempat adik Faiz belajar.

Hari ini kita bersama Cik Nurul Nadiah Binti Nordin seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Puteh melawat adik Faiz. Tujuannya untuk mempermudahkan urusan bantuan dari pihak JKM. Kita mengharapkan bantuan pesakit terlantar dapat diluluskan bagi meringankan beban keluarga ini. Terima kasih pihah Thirdforce ucapkan kepada pihak JKM Pasir Puteh kerana bersama-sama dengan kita pada hari ini. Kita telah lama bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan terutamanya JKM Pasir Puteh sejak beberapa tahun sebelum ini.

Kita dimaklumkan oleh ayahnya sebelum ini mereka terpaksa menyewa ambulan swasta untuk membawa adik Faiz mendapatkan rawatan susulan. Kadang-kadang dalam sebulan mereka terpaksa menyewa dua kali dimana kos itu sahaja mencecah RM500. Oleh itu, kita mungkin boleh mencari jalan untuk meringankan beban keluarga ini.

Sama-sama kita doakan kesihatan adik Faiz kembali sihat. Mana-mana yang ingin membantu keluarga ini bolehlah mesej ke inbox Facebook page abangraja untuk detail bagaimana boleh sama-sama menyumbang atau WhatsApp ke nombor 0173872232.

Jom jadi orang Baik Baik

Laporan Oleh Ramadan, Faizal dan Din
Sukarelawan Thirdforce

#The3rdforce #togetherwearestronger #RajaShamri2022#jomjadiorangbaikbaik #AlhafizFaizSelising

Related Post

Leave us a reply

*

*