MENZIARAHI PAK WAHAB YANG LUMPUH AKIBAT STROK

Lekir ,17 Ogos 2018- Alhamdulilah hari ini kami seramai 5 orang sukarelawan The Thirdforce Perak telah berkesempatan menziarahi satu lagi keluarga iaitu Pn Sapiah bt Talib, 62 tahun yang menjaga suaminya yang terlantar hampir 9 tahun akibat penyakit strok , En Abdullah @ Wahab B. Mat Aris 70 tahun. Selain mengalami penyakit tersebut En. Wahab atau Pak Cik Wahab juga mengalami penyakit kencing manis dan darah tinggi .

Sewaktu lawatan kami, kami melihat Pak Cik Wahab hanya mampu terbaring di atas katil yang telah dipinjamkan oleh seseorang buat dirinya. Apabila sukarelawan kami menegurnya Pak Cik Wahab hanya mampu tersenyum dan kurang berkomunikasi.Menurut Mak Cik Sapiah suaminya kurang berkomunikasi semenjak 9 tahun yang lalu. Sebelum terlantar sakit Pak Cik Wahab merupakan seorang nelayan yang kuat bekerja sekarang tugas itu diserahkan kepada anaknya.

Ibu kepada 8 orang anak ini memaklumkan dia dan suaminya tidak mempunyai sumber pendapatan tetap hanya mengharapkan ihsan sara hidup dari anak – anaknya yang juga hanya berpendapatan sederhana dan juga bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 350 sebulan. Segala urusan seperti mandi , makan, minum dan pakaian dijaga dan diurus sendiri oleh Mak Cik Sapiah dan dibantu oleh anak lelaknya yang tinggal bersama-sama dengan mereka. Mak Cik Sapiah memaklumkan keadaan Pak Cik Wahab yang tidak boleh berjalan dan bergerak memerlukan bantuan kerusi roda.

Tanpa bantuan kerusi roda menyukarkan Mak Cik Sapiah dan anaknya untuk menguruskan pergerakan Pak Cik Wahab ke bilik air dan melakukan aktiviti-ativiti lain. Setiap hari Mak Cik Sapia terpaksa mengangkat Pak Cik Wahab ke bilik air . Oleh sebab itu Mak Cik Sapia sangat mengharapkan tenaga anaknya untuk membantu mengangkat Pak Cik Wahab ke bilik air untuk mandi.

Mak Cik Sapiah memaklumkan Pak Cik Wahab hanya minum susu khas seperti yang disarankan oleh pihak doktor. Satu tin susu ‘Glucerna’ hanya boleh bertahan selama 5 hari sahaja. Dalam sebulan Pak Cik Wahab memerlukan lebih kurang 5 tin susu. Kekerapan menukar lampin pakai buang akibat cirit birit yang sering dialami Pak Cik Wahab menyebabkan dalam sebulan memerlukan lampin dalam kuantiti yang banyak.
Walaupun setiap bulan anak- anaknya memberi wang sara hidup tetapi masih lagi tidak mencukupi.

Menurut Mak Cik Sapiah beliau cuba memohon bantuan kerusi roda ,bekalan lampin dan susu tetapi pihak Kebajikan Masyarakat telah memberi pilihan sekiranya inginkan bantuan tersebut pihak mereka akan membatalkan bantuan kewangan sebanyak RM 350 sebulan. Hal ini menyebabkan

Mak cik Sapiah terpaksa membatalkan hasratnya untuk memohon bantuan kerusi roda, susu dan lampin. Untuk menampung perbelanjaan membeli susu dan lampin Mak Cik Sapiah membuka meja di depan rumah berniaga secara kecil- kecil menjual air dan ice blended di samping menjual baju- baju bundle. Menurut Mak Cik Sapiah hasil jualan air kadang- kadang untung bersih hanya mendapat lebih kurang dalam RM 15 sahaja sehari tetapi baginya itu sudah cukup bermakna.

Kami bersimpati dengan nasib yang dihadapi oleh Pak Cik Wahab dan Mak Cik Sapiah walaupun mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat RM 350 sebulan,bantuan sara hidup oleh anak- anak yang berpendapatan sederhana dan hasil jualan air pastinya ia tidak mencukupi buat Pak Cik Wahab dan Mak Cik Sapiah. Sebelum balik kami sempat memberi kata – kata semangat pada Mak Cik Sapiah kerana pengorbanan beliau menjaga Pak Cik Wahab selama 9 tahun dan mengharapkan beliau dan keluarga sentiasa sabar dan cekal menjaga Pak Cik Wahab.

Begitu juga Pak Wahab semoga terus kuat melawan penyakit.

Jommm sahut seruan Abang Rajja jom jadi orang baik-baik kerana Allah swt. Semoga Allah kekalkan kita dalam rahmat dan kasih sayangnya.

Jom Jadi Orang Baik-baik

Dilapor oleh
Pn Rosni Ismail
Thirdforce Perak
18 Ogos 2018

Related Post

Leave us a reply

*

*