KORBAN DAN AQIQAH 3RD FORCE

Pasir Mas, 23hb Ogos 2018

Alhamdulillah kami dari 3rd Force Pasir Mas telah dapat menunaikan amanah berupa korban yang telah diwakilkan / diamanahkan kepada kami.

Program kami bermula jam 9 pagi dan selesai urusan pembahagian daging pada pukul 11 pagi.

Urusan penyembelihan, melapah dan pembahagian daging semuanya di uruskan oleh asnaf- asnaf yang hadir hari ini. Daging ini telah di agihkan kepada 24 orang asnaf semuanya.

Selain menerima daging asnaf- asnaf ini juga di berikan sumbangan lain berupa beras, kicap, kordial dan barangan kaca. 3rd Force Pasir Mas juga menyediakan makanan pagi dan tengah hari untuk semua yang hadir.

Akhir sekali pihak 3rd Force Pasir Mas ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih terutama kepada mereka yang menghadiahkan korban mereka hari ini. Juga tidak lupa kepada 3rd Force HQ yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menunaikan amanah ini. Tidak lupa kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam men
jayakan program hari ini.

Laporan
Kak Lah
3rd Force Pasir Mas
0182718969

Related Post

Leave us a reply

*

*