PESANAN DARI ALLAH

Ingin saya kongsikan kisah ini sebelum tidur. Kisah berlaku pagi semalam sewaktu saya berbual dengan seorang kawan bernama Hj. Mat di bandar Jerteh Terengganu dalam sebuah restoren. Kami berbual berkaitan isu-isu semasa serta program bantuan orang miskin yang saya usahakan sejak sekian lama termasuk beberapa perbincangan perniagaan.

Sedang asyik berbual datang seseorang yang saya tak kenal (Tapi mungkin sangat dikenali warga Besut dan Jerteh) duduk betul-betul di sebelah saya. Seorang OKU dari cara dia bercakap dan berjalan. Dia bukan mintak sedekah tapi just duduk disebelah saya seperti mahu berbual. Saya mempelawanya untuk minum dan dia terus order minuman.

Belum sempat saya mulakan perbualan beliau terus bercakap tanpa henti dengan suara dan nada seorang yang “telo” seperti OKU percakapan yang tak berapa jelas sebutannya berkali-kali berpesan kepada saya antara yang saya ingat pesannya :-

1. Letak ilmu di depan harta dibelakang
2. Jangan terlalu kejar harta ingat mati
3. Lainsyakartum la azidannakum
4. Hidup ini sekejap sahaja
5. Ingatlah mati … kita semua akan mati … bnykkan kumpul pahala
6. Jangan khayal dan mabuk dengan dunia
7. Orang sekarang terlalu kejar pangkat dan jawatan
8. Elakkan kejar pangkat
9. Cerdik bukan letak kepada pengajian atau pendidikan
10. Orang tak belajar tinggipun boleh jadi lebih cerdik bila ingat Allah

dan bnyk lagilah yang beliau pesan kepada saya …

Saya anggap beliau adalah PESANAN DARI ALLAH untuk saya …

Dulu masa saya tengah bina rumah, perkara yang seakan sama juga pernah berlaku. Ada seorang pakcik tua selalu naik motor dan berzikir kuat-kuat di Bandar Pasir Puteh ini datang bagi tahu saya sesuatu juga. Pakcik ni ramai orang yg kata dia gila sebab kadang-kadang dia tidur di roundabout tengah-tengah panas, berzikir kuat-kuat sambil naik motor dsbg. Orang di Bandar Pasir Puteh ni rasanya kenal Pakcik ni.

Masa tu saya dalam proses nak pilih mozek untuk rumah saya.

Satu pagi tengah sarapan di sebuah warung di Padang Luas Jerteh tiba-tiba pakcik ni masuk dalam warung dan terus datang kearah saya dan terus memberitahu saya :

“Kita buat sesuatu ini biar sederhana … jangan berlebih-lebih. Tiada satupun yang kekal didunia ini. Sederhana itu amalan para nabi dan Allah suka … jangan berlebih-lebih ..”

Terpaku dan terkedu sekejap saya ditegur dan dipesan sebegitu oleh pakcik tua tu. Dalam hati rasa syukur sangat Allah datangkan PESANAN yang begitu agung bagi saya biarpun perantaranya adalah seorang yang orang ramai kata dia orang gila.

Pertemuan dengan abang Wan Rosli (Nama yang beliau bagi tahu saya sebelum kami berpisah) di restoren di Jerteh semalam bagi saya adalah juga PESANAN ALLAH untuk saya yang melekat kuat dalam diri. ILMU LETAK DIDEPAN HARTA DI BELAKANG.

InsyaAllah … ada banyak maksud tersirat yang perlu ku teliti dan hayati pastinya.

Terima kasih Allah kerana sentiasa membimbing diri ini dan syukur atas petunjuk dan pesanan darimu.

Untuk semua sahabat dan keluarga Thirdforce yang baca catatan ini … Jomm Jadi Orang baik-baik. Orang baik-baik Allah sayang … bila Allah sayang insyaAllah petunjuk Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita. Sentiasalah kita alert dengan petunjuk yang Allah hantarkan. Rendahkan hati tinggikan budi … buangkan sombong dan jadilah antara mereka yang memakmurkan bumi ini dengan banyak melakukan benda baik.

Wallahu’alam …
Selamat malam.

Raja Shamri Raja Husin
Casa De Raja
27 Ogos 2018
10.15 malam.

Related Post

Leave us a reply

*

*