14/9/2018 Kg Chandan Pasir Mas | Hari ini Sukarelawan third force bersama tukang rumah datang menziarahi rumah asnaf kak Rohana yang tinggal di Kampung Candan Chetok Pasir mas.

Ziarah kali ini adalah untuk melihat keadaan rumah asnaf ini yg perlu di baiki seberapa segera. Kita mengukur dan membuat perkiraan bahagian yqng perlu dibaiki. Tukang kita akan merangka plan rumah asnaf yg perlu dibaiki terutamanya bahagian atap, lantai, dan dinding rumah untuk di bincangkan dengan abangraja nanti.

Hati saya sebak dan terkedu melihat atap zink yg bocor merata rata dan hanya di letak atas batang2 kayu hutan yg kecil sebagai kayu bumbung yg boleh runtuh dan diterbangkan ribut bila2 masa saja. Lantai juga hampir semua mereput disebabkan sudah lama kena hujan yg tiris dari atap yg bocor.

Selain itu juga kita rasakan perlu untuk mebuat 1 bilik air dan dapur di dalam rumah apatah lagi dengan penderitaan ibu tunggal ini yang menderita sakit tulang belakang disebabkan kemalangan yg menimpanya beberapa tahun lalu. Penyakit diabates yg dialaminya juga semakin kritikal bilamana saya lihat jari2 kaki kak rohana bnyk yg sudah jadi kehitaman atau ganggering dan kak rohana sudah setahun lebih tak dapatkan rawatan kerana tak mampu untuk ke klinik atau pusat perubatan. Mata beliau juga makin kabur.

Hanya adik hafiz anak Kak Rohana satu-satunya kekuatan beliau utk meneruskan hidup. Anak yatim yg berusia 9 tahun ini dihantar ke sekolah pondok berhampiran setiap pagi dengan motosikal sumbangan penyumbang yg baik hati. Bantuan kanak-kanak jkm RM100 sebulan itulah sumber pendapatan mereka. Makan pakai ubat semuanya dari RM100 itulah.

Rumah ini jauh masuk ke pedalaman dan terletak jauh dari rumah orang. Bagaimanalah perkembangan emosi adik hafiz anak yatim ini membesar jauh dari orqng ramai dalam keadaan sebegini dhaif. Nanti nak bagi basikal satu utk anak yatim ni. Abangraja dah belikan tapi saya terlupa pulak nak bawak hari ni.

Abangraja pernah bagi tahu kami untuk berikan Islam kepada adik hafiz dan kak Rohana. Pada mulanya kami tak paham maksud abangraja. Bukankah mereka memang orang Islam.

Tapi makin lama baru kami faham… Berikan islam maksud abangraja adalah abangraja nak kami bantu seikhlasnya anak yatim dan ibu tunggal ini dengan penuh kasih sayang… Merdekakan mereka dari kemiskinan dan kembalikan mereka kepada masyarakat.

Walaupun Majlis Agama ada bagi tahu nak buat rumah utk kak rohana dalam temoh 3 bulan lagi kita rasa kita baiki dululah rumah ibu tunggal dan anak yatim ini. Rumah yg majlis agama kata nak bagi tu jika betul begitu bolehlah dibina disambung dari rumah yg kita nak start bina ni.

Kalau Majlis Agama tak jadi buat rumah kak rohana ni itu urusan mereka dan kak rohana kata kita tak boleh mengharap sangat. Ini kerana kak rohana bagi tahu dah banyak kali PRU dah macam2 janji orang politik dan pelbagai pihak datang katanya nak bantu mereka tapi tak pernah dikotakan.

Maka jommmlah semua keluarga besar thirdforce. Kita bantu ibu tunggal dan anak yatim ini. Mereka benar2 perlukan kita.

Sama-sama kita doakan agar kesihatan kak Rohana kembali pulih sedia kala dan kerja kerja membaiki rumah kak rohana berjalan dengan lancar… semoga dipermudahkan kerja kebaikan ini insyaallah. Kepada para doktor yg ada klinik sendiri atau mana2 pengamal perbuatan datanglah ziarah… Bawalah apa2 ubat. Rasailah kelazatan bantu irang miskin. Kembalikanlah semula apa yg kalian miliki kepada mereka yg terbawah ini.

Minggu depan kita nak start dah baiki rumah ni. Ada sumbangan ke tak ada ke tetap akan start. Abangraja kata kita tak boleh mengemis utk ajak orang buat baik kerana masing-masing sudah faham hidup kita ini hanyalah sementara sekadar untuk mengumpul bekal akhirat sebagai bekalan utk ke sana.

Terima kasih kepada semua keluarga besar thirdforce yang membantu program kemanusiaan Thirdforce. Malam tadi pegawai JKM keluarga besar thirdforce juga telah hubungi abangraja utk sama-sama membantu dalam kapasiti masing-masing. InsyaAllah… Semoga Allah kekalkan kita dalam rahmatnya.

PM ke inbox facebook page ini utk detail bagaimana boleh sama-sama menyumbang atau WhatsApp abangraja 0173872232.

Jommm berjiran di syurga Allah nanti.

Jom Jadi Orang Baik-baik.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

“CEPAT, TEPAT KE SASARAN”

Raja Shamri bin Raja Husin
Pasir Puteh, Kelantan
Whatsapp: 017-3872232

#bantuankakrohana
#thirdforce
#rajashamri2022
#jomjadiorangbaikbaik

Cc.
Fariq Sohaimi
Kg chandan pasir mas
14 September 2018.

Related Post

Leave us a reply

*

*