RM100 SEBULAN YANG BESAR MAKNANYA BAGI MEREKA

Beberapa hari lepas saya berkesempatan untuk berada di HRPZ2 Kota Bharu menemani adik-adik sukarelawan untuk membawa Kak Rohana mendapatkan rawatan perubatan terutama luka dan kesakitan kakinya kesan daei penyakit kencing manis serta mungkin kesan dari pencemaran dan jangkitan kuman.

Sukarelawan thirdforce dari awal pagi lagi bertolak ke Kg Chandan yg terletak di sempadan antara Pasir Mas / Tanah Merah / Rantau Panjang untuk menjemput Kak Rohana dan anaknya.

Adik Hafiz Danial anak tunggal Kak Rohana tak bersekolah hari tu untuk mengiringi Kak Rohana ke hospital. Jika beliau ke sekolah maka kesukaran akan timbul untuk ambil beliau pulang dari sekolah nanti. Kak Rohana telah 23 tahun mengidap penyakit kencing manis dan kelihatan keadaannya agak membimbangkan bilamana sudah ada kesan luka di jari-jari kaki.

Dulu sewaktu beliau bekerja sebagai buruh binaan, kerja seharian memikul simen dan bahan binaan telah menyebabkan habuk simen dan kekotoran masuk kedalam luka di atas belakang kak rohana. Luka yg pada awalnya sikit lama kelamaan membesar dan akhirnya kak rohana di bedah untuk buang nanah dan kuman yg banyak di belakang beliau yg hampir menjangkiti tulang belakang beliau.

Kesan pembedahan itu menjadikan kak rohana tak mampu utk kerja kuat. Malang menimpa bila suami kak rohana meninggal dunia beberapa bulan kemudian.

Kini sudah setahun lebih Kak Rohana tidak mendapatkan rawatan dimana-mana pusat perubatan dan beliau bertahan dengan ubat-ubat kampung. Kakinya nampak makin kritikal dan kesakitannya seperti tak tertanggung.

Kita memahami dari perbualan pada kunjungan kita yang lepas manakan mampu ibu tunggal dan anak yatimnya itu ke bandar untuk mendapatkan rawatan bilamana nak tambang teksipun mereka berkira-kira. Semua perbelanjaan harian mereka bergantung sepenuhnya kepada bantuan JKM RM100 sebulan (Bantuan kanak-kanak – BKK). Itulah yg mereka berjimat untuk makan, sekolah adik hafiz, berubat dsbg.)

Cukup? Kalian jawablah sendiri …
Ajaib? Allah maha mengetahui …

Hari tu, saya bertemu dengan Kak Rohana dan anaknya di Unit Rawatan Luka (Wound Clinik) HRPZ2 dan doktor Zurairie telah bersedia menunggu. Dr Zurairie adalah Ketua Unit Perubatan Thirdforce. Kita rasa sangat bertuah dikelilingi oleh ramai para doktor dan juga paramedik yang bersama-sama kita sedia membantu bila-bila masa sahaja diperlukan.

Sewaktu mula-mula Kak Rohana dan Adik Hafiz tiba di HRPZ2 bersama para sukarelawan, Dr Zurairie sedang merawat luka pesakit lain. Masa yang ada sempatlah saya gunakan untuk berbual dan cuba menggembirakan anak yatim adik hafiz danial yg berusia 9 tahun itu. Anak yang kehilangan ayahnya sewaktu usianya 18 bulan ini benar-benar memerlukan kasih sayang dan bantuan kita semua.

Saya melihat anak yatim ini memakai baju melayu lama yang singkat tanpa butang dan pastinya itulah baju terbaik yang beliau ada untuk datang ke kota bharu ni dari rumahnya di pedalaman. Hati resah gelisah membuak-buak untuk bawa anak ini pergi shopping baju baru dan berikannya sedikit kegembiraan. Mengusap kepala anak yatim ini adalah perkara yang takkan saya lepaskan pastinya.

Saya bertanya kepada adik hafiz… Setiap pagi pergi sekolah dengan apa? Katanya Mak hantar. Kemudian saya tanya pagi-pagi sarapan apa kat rumah sebelum pergi sekolah? Adik Hafiaz terdiam … dari riak mukanya seperti mencari-cari jawapan untuk soalan saya tersebut.

Seketika beliau menjawab …” Tak apa tak makan kat rumah, kat sekolah ada makan RMT…” jawab beliau.

Saya cuba untuk berkelakuan seolah tak ada apa-apa yang berlaku … hati saya tak mampu menahan rasa sebak bagaimana tabahnya anak yatim ini hidup jauhhhh dipedalaman, membesar sempurna penuh adab dan akhlak, menyayangi siubu yang sangat uzur sepenuh hati tanpa syarat.

Saya sempat membeli 2 kotak air susu dutch lady untuk kami minum sementara jumpa doktor. Memerhati akhlak anak ini yg sangat sopan, membaca doa dan sebutan Bismillah, serta tingkah laku merendah diri yg dimilikinya adalah kesempurnaan didikan siibu yang mendidik anak yatim ini di bawah pondok usang yang bocor merata-rata dan hampir roboh dalam keadaan serba dhaif.

Selepas di HRPZ2 kita bawa Kak Rohana dan adik Hafiz ke klinik Primer Cherang untuk buat medical checkup pulak. Kemiskinan menjadikan kak rohana tak mampu untuk dapatkan rawatan di klinik dan meneruskan hidup dengan pemakanan pantang dan ubat-ubat kampung yg diamalkan yang akhirnya menjadikan beliau mengalami masalah dengan sistem pencernaan … barangkali juga ada msalah dengan usus dan sistem pembuangan air besar.

Dalam tempoh masa berada di Kota Bharu, Ada juga keluarga thirdforce suami isteri yang menghubungi adik-adik sukarelawan untuk bagi bantuan by hand … alhamdulillah …

Adik-adik sukarelawan bagi tahu mereka juga sempat beli selipar sepasang untuk kak rohana petang hari tersebut setelah saya terpaksa beepisah dengan mereka untuk ziarah saudara yg sakit di wad HRPZ2.

Sebelum ini, Kak Rohana ada bagi tahu kami pihak majlis agama ada datang dan bagi tahu mereka bersetuju untuk bina sebuah rumah untuknya tapi kena tunggu 3 bulan lagi untuk proses.

Kita tak boleh tunggu 3 bulan rasanya sebab sekarang musim hujan dah start … Kita baikilah terus rumah kak rohana ni. Jika betul Majlis Agama datang buat rumah alhamdulillah …

jika mereka tak jadi buat kak rohana kata dah lama dah pelbagai pihak janji macam-macam tapi tak pernah ada apa-apa yg berlaku …

Sekarang sudah seminggu kita memulakan bantuan membaiki rumah Kak Rohana agar beliau mampu tingal dalam rumah yg selamat dan bersih. Kesihatan beliau pastinya sangat terkesan dengan kondusi persekitaran dan kedaan rumahnya yg sangat memerlukan bantuan kita semua.

Adik Hafiz yg belajar disekolah pondok berhampiran bakal mewarisi illmu agama dan doanya untuk kita yang membantu pastinya di aminkan para malaikat.

Saya mempersilakan semua orang baik-baik diluar sana datanglah kesini ziarah keluarga ini. Selamilah ketabahan mereka. Bawa anak-anak kalian dan ajarlah anak-anak kita erti syukur.

PM ke inbox page ini untuk rebut saham akhirat dalam program bantuan thirdforce yang ada sepanjang tahun atau whatsapp saya 017-3872232 untuk detail bagaimana boleh sama-sama membantu.

Jom Jadi Orang Baik-baik.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

“CEPAT, TEPAT KE SASARAN”

Raja Shamri bin Raja Husin
Pasir Puteh, Kelantan
Whatsapp: 017-3872232

#bantuankakrohana
#thirdforce
#rajashamri2022
#jomjadiorangbaikbaik

Related Post

Leave us a reply

*

*