WAMAKARU WAMAKARULLAH

Sebenarnya sudah 2 tahun saya dan Syed merancang untuk melancarkan Thirdforce Cahpter di Bangi. Namun kekangan masa dan kesibukan aktiviti seharian menjadikan ianya asyik tertunggak. Saya mengenali Syed sewaktu sama-sama mengikuti kursus pensijilan Neuro Lingustic Programming (NLP) di Kuala Lumpur.

Kami berada dalam kumpulan yg sama sepanjang kursus tersebut. Saya sangat kagum dan cukup teruja dapat mengenali beliau yang juga rupa-rupanya seorang perunding latihan (Training Consultant) sama seperti saya tetapi dalam bidang pengurusan kewangan.

Syed menawarkan untuk saya lancarkan thirdforce Bangi di pejabatnya di Peta Minda Academy Seksyen 7 Bangi. Pada waktu itu saya belum lagi ditemukan dengan kumpulan adik-adik yang komited dengan kerja-kerja bantu orang susah lain di Bangi diketuai oleh Ain dan lain-lain.

Setelah masa berlalu program pelancaran TF Bangi seperti terpaksa ditangguhkan akibat masa dan jadual yg begitu padat. Apabila saya akhirnya telah menemui tarikh yg sesuai dan Ain serta rakan-rakan juga telah bersedia untuk melancarkan TF Bangi maka mereka mencari tempat untuk dilakukan majlis perasmian tersebut.

Tanpa pengetahuan saya Ain (Penyelaras TF Bangi) telah bertemu dengan Syed dan memohon untuk menggunakan tempat beliau di Akademi Peta Minda sebagai tempat majlis pelancaran tersebut.

Subhanallahhhh …

Apa yang telah dirancangkan seperti dipermudahkan oleh Allah. Saya dipertemukan semula dengan Syed sepertimana yg kami pernah rancangkan satu masa dulu di lokasi yang kita telah sama-sama bincangkan.

Sesungguhnya kita merancang Allah maha merancang. DAn Allah adalah sebaik-baik perancang. Saya bersyukur Allah datangkan ramai orang baik-baik untuk bersama saya sepanjang perjalanan hidup ini terutama dalam usaha menyebarkan gelombang kasih sayang sesama manusia ini.

Semoga allah sentiasa satukan hati-hati kita dan kelilingi diri kita dengan orang baik-baik dimana-mana sahaja kita berada.

Untuk warga Bangi dan kawasan sekitar bolehlah like dan follow juga FB TF Bangi untuk sama-sama gerakkan kerja-kerja kemanusiaan disana dengan klik pada link di bawah :-

https://www.facebook.com/3rd-Force-Bangi-470450890116193/…

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Related Post

Leave us a reply

*

*