UPDATE BANTUAN BAIKI RUMAH ANAK YATIM PIATU DI KAMPUNG GONG DATUK

Hari sabtu lepas kita adakan gotong royong dan hari ini alhamdulillah kerja-kerja ikat bata serta naikkan tiang sudahpun bermula. Jauh disudut hati rasa kagum dengan ketekunan tukang-tukang kita untuk infaqkan tenaga dan masa bantu bina rumah anak-anak yatim ini.

Masih ingat hari sabtu baru-baru ini salah seorang dari anak yatim ini berumur 8 tahun nama Hafiz datang ke arah saya seperyi mahu berbual dan menyatakan isi hatinya. Tetapi seperti tak terluah. Masa itu jam menunjukkan waktu sekitar pukul 11.30 pagi. Saya bertanya Hafiz dah makan pagi ni ?

Anak tersebut hanya tunduk diam. Jam 11.30 pagi tiada apapun lagi yang mengisi perut anak ini. … 

Mujurlah sebentar kemudian Abang Hisham sukarelawan TF yang lead kes ini datang bawakkan nasi bungkus untuk para sukarelawan yang sedang gotong royong. Dalam duk sibuk berbual saya teringatkan adik hafiz … Rupa-rupanya dalam masa yang beberapa detik itulah beliau dengan lajunya makan nasi bungkus yang baru tiba itu …

Hati rasa sangat bersalah dan terkedu seketika …

Saya pegang dan usap kepala anak ini dan seperti ingin memeluknya lama-lama. Jiran-jiran bagi tahu adik Hafiz sering tak ke sekolah kata mereka beliau sering menyendiri. Saya bisikkan ketelinganya .. tak mengapa jika tak pandai sekolah tapi janji dengan pakcik jadi seorang budak yang baik ya …

Anak yatim itu hanya mengangguk perlahan …

Related Post

Leave us a reply

*

*