KISAH ABANG UJANG DAN KELUARGANYA SATU PELAJARAN UNTUK KITA SEMUA

TAWAU_ 2 OKTOBER 2018 | Alhamdulillah hari ini telah 90 peratus pondok yang dibina untuk Abang Ujang sekeluargan siap. Abang Ujang dan keluarganya sebelum ini tinggal berteduh dipondok yang sekali imbas tidak layak untuk diduduki oleh manusia. Sangat daif dan tidak terurus.

Berkat usaha keras para sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah dan sumbangan hamba-hamba Allah alhamdulillah tidak sampai seminggu segala dana dan bahan pembinaan telah terkumpul. Sangat murah rezeki abang Ujang sekeluarga. Selama 7 tahun gerakan kemanusiaan kami pelbagai watak dan kejadian terhadap asnaf kami temui.

Aku dan para sukarelawan mencari punca kenapa begitu cepat dan mudah Allah membantu keluarga Abang Ujang. Ini antara yang kami lihat di keluarga ini. Walaupun miskin di pondok buruk. tidur badan melengkung tapi mereka KUAT BERUSAHA. Mereka sekeluarga berusaha menanam cili, tanam sayur, tanam patola, ubi dan pisang untuk menghidupi keluarga.

Keluarga abang Ujang ini apabila mereka bercakap sesama mereka dan orang lain sangat sopan dan lemah lembut.

Abang Ujang dan keluarga mereka sangat Menjaga AMANAH DAN TIDAK BOHONG. Bayangkan hari itu tengahari team menghantar kayu dan papan untuk bahan pembinaan pondok. Pukul 2 petang MEREKA SUDA DIRIKAN SENDIRI Pondok ini. Tidak ada istilah menangguh-nangguh kerja dalam keluarga ini.

Seterusnya walaupun hidup miskin mereka sangat pemurah. Abang Ujang ini setiap kali team sukarelawan datang menziarahinya pasti para sukarelawan itu tidak balik dengan tangan kosong. Ada saja pisang ataupun cili yang akan beliau berikan kepada sukarelawan. Walaupun ditolak beberapa kali beliau tetap memberi.

Mungkin itu di kaca mata kami mengapa keluarga Abang Ujang begitu mudah Allah bantu. Doakan anak-anak abang Ujang berjaya dalam pendidikan agar nasibnya lebih terbela.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*