UPDATE BANTUAN PEMBINAAN RUMAH ANAK YATIM 4 BERADIK DI GONG DATUK

Selepas solat dhuha dan kuliah dhuha pagi tadi masing-masing ada pelbagai tugas yang abangraja mintak kami bantu. Ewan dan fariq dari awal pagi lagi ke pedalaman tanah merah pasir mas utk jemput kak rohana ibu tunggal bersama anak yatimnya untuk di baaa ke klinik primer cherang kota bharu bagi mendapatkan rawatan susulan.

Saya pula alhamdulillah diizinkan Allah untuk melawat kerja-kerja pembinaan rumah anak-anak yatim 4 beradik yang dalam pembinaan. Kagum betul dengan semangat dan kasih sayang yg ditunjukkan oleh tukang-tukang kita…

Hanya 2 orang saja yg bekerja utk projek ini namun kerja mereka sangat pantas dan kemas. Hari sabtu lepas kita buat gotong royong buang kayu-kayu lama yg dah reput minggu ni dah hampir siap mereka ikat bata. Beginilah keadaannya bila kerja-kerja pembinaan rumah asnaf yang disertai dengan iman dan kasih sayang. Semuanya seperti di permudahkan.

Masih banyak yang perlu dilakukan untuk kita siapkan rumah anak-anak yatim ini. Kita sama-sama bantu ya… Ini lah saham akhirat kita bekal kita untuk bertemu Allah nanti.

Semoga Allah berikan kita semua peluang untuk berjiran di syurgaNya nanti.

Hubungi abangraja melalui whatsapp 017-3872232 atau PM ke inbox facebook page ini utk detail bagaimana boleh sama-sama membantu.

Safuan Salehan
Sukarelawan Thirdforce
7 Oktober 2018

Related Post

Leave us a reply

*

*