APA KHABAR ADIK AFZA

8/10/2018 Rantau Panjang | Sudah lama kita tidak mendengar kisah Afza yang menghadapi kenser tulang.kita sedia maklum yang kakinya telah dipotong.

Bukan menghilang tetapi sikap ibu Afza seorang ibutunggal yang begitu kental jiwanya.Selepas hampir setahun menjaga Afza tanpa melakukan sebarang perkerjaan tetapi dapat meneruskan kehidupan dengan bantuan dan sumbagan dari keluarga besar thirdforce seluruh Malaysia.

Setelah kaki Afza dipotong kesakitan Afza tiada lagi ,ibu Afza kembali berniaga di pekan Rantau Panjang.Dia berazam tak nak menyusahkan orang ramai lagi.

Ibu muda ini amat -amat berterima kasih kepada semua yang membantu terutama keluarga besar thirdforce di seluruh Malaysia.

Setelah Afza disahkan kenser tulang ,ibu muda ini hilang arah… dunia bagaikan gelap gelita. Beribu persoalan bermain di fikiran.Afza pula terpaksa dibawah jagaan ibunya 24 jam.Ibu muda ini hilang punca pencarian rezeki.

Umpama kapal yang hampir karam.. thirdforce datang membantu keluarga malang ini,dengan linangan air mata ibu muda ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menolongnya… terutama pengasas thirdforce abg raja yang sangup meluangkan masa dan memberi motivasi untuk Afza .Afza bagaikan mati hidup semula.

Disaat hidup saya tak ada hala tuju .. tiada punca pendapatan.. tiada sokongan … tiada kata – kata semagat , thirdforce hadir membantu.Jasa thirdforce terlalu besar bagi saya…kata ibu Afza.

selepas ini saya tak nak menyusahkan thirdforce lagi… selagi boleh usaha .. saya akan berusaha…. itulah luahan ibu afza.

Hari ni Afza perlu ke Hospital Raja Perempuan untuk mengukur kakinya bagi membuat kaki palsu.K mah bersetuju membawa Afza ke Kota Bharu… tapi disaat akhir tidak dapat mengikuti Afza kerana pertindihan program.

Itu semua bukan halangan dan masalah besar bagi Afza dan ibunya.Mereka pergi menaiki teksi.

Pada awal permohonan mendapatkan kaki palsu tidak berjaya,tidak lulus.
Itu semua tidak mematahkan semagat ibu Afza.Dengan sendiri dia membuat permohonan baru dimana beberapa borang perlu di isi.Perlu ke pejabat Kebajikan masyarakat.. suruhanjaya sumpah dan hospital.Semua ini dilakukan sendiri oleh ibu Afza tanpa meminta bantuan orang lain.

Jiwa dan semagat yang dimiliki oleh ibu Afza membuat kita sebagai kelurga besar thirdforce sangat bangga.Seorang asnaf yang tidak mengharapkan bantuan 100% dari orang ramai.Selagi boleh berusaha , dia akan berusaha.Semagat inilah yang perlu ada dalam setiap jiwa asnaf untuk mengubah kehidupan mereka.

Kaki palsu Afza dijangka akan siap pada bulan 11/2018 ini.Diharap dengan adanya kaki palsu ini dapat memudahkan dan memberi semagat baru dalam meneruskan kehidupan ini.

Jom jadi orang baik2

Kak Mah
thirdforce Rantau Panjang
8 Oktober 2018

Related Post

Leave us a reply

*

*