PROJEK NAIK TARAF PENDAWAIAN ELEKTRIK SATU FASA KE TIGA FASA MASJID GONG DATUK

21 Oktober, Pasir Puteh -Demi menunaikan amanah penyumbang di luar sana, sukarelawan kita yang di ketuai oleh Hassan berusaha sebaik mungkin agar kerja-kerja naik taraf pendawaian satu fasa ke tiga dan pemasangan aircond dapat disiapkan secepat mungkin. Demi keselesaan penduduk kampung Gong Datuk utk menunaikn ibadat di masjid tersebut.

Kita juga di bantu oleh seorang pemuda iaitu Hakim datang membantu Hassan menyiapkan kerja-kerja pendawaian tersebut. Hakim yang mana merupakan rakan kepada Hassan yang juga merupakan pelajar lepasan institut latihan perindustrian(ILP) pengkalan chepa,Kita bersyukur kerana Allah datangkan insan hebat seperti beliau.

Begitulah hebatnya gelombang kasih sayang yang wujudkan sesama kita, betapa semua orang mahu jadi baik dengan cara mereka yang tersendiri. Kita semua bayangkan pahala yang sentiasa mengalir selagi mana masjid dimanfaatkan.

Mereka telah hampir dua minggu bekerja siang dan malam, hampir 80% daripada kerja-kerja naik taraf pendawaian elektrik ini siap. insya’allah minggu ini siap sepenuhnya kerja-kerja pendawaian.Kita telah buktikan, tak perlu kaya atau ada duit baru boleh bantu orang lain.

Membantu ini ada banyak caranya, ada yang membantu melalui kewangan ada juga yang membantu dengan mengerah tenaga dan fikiran, tidak kiralah asalkan niat kita ikhlas kerana Allah taala. Zahir dan batin mestilah seiring barulah segala amal diterima.

Kepada para pembantu, bantulah dengan kerelaan agar tidak timbul keresahan dalam hati. Semoga amalan kita terlihat cantik pada pandanganya, walaupun bantuan kita tidak seberapa

Ayuh semua, kita cari redha dan ehsan Allah. Kita bantu orang lain dengan cara kita masing-masing, setara dengan kemampuan kita. Semoga Allah menerima segala usaha kecil kita ini, kita sebarkan sejauh mungkin gelombang kasih sayang ini.

Insya Allah..

#jommjadiorangbaikbaik
#wearethe3rdforce
#togetherweareatronger

Laporan oleh Hasan
Sukarelawan 3rd Force
Pasir Puteh.

Related Post

Leave us a reply

*

*