Allah sentiasa berikan alert kepada kita. Allah sayang kita. Allah yang buat kita. Kemenjadian kita sangat luar biasa. Sesuatu yang kita buat dengan sempurna dan hebat pastinya kita sayang. Apa lagi Allah yang buat kita. Macam-macam kita boleh jadi. Kasih sayang Allah untuk kita pastinya terlalu agung hinggakan rahmat Allah dijanjikan utk sesiapa sahaja yang dipilihNya.

Untuk itu Allah sentiasa berhubung dengan kita. Hanya kita yang seringkali terlupa untuk berbicara dengan Allah. Allah berikan kita alerts tentang bahaya yang akan menimpa kita melaui pelbagai bahasa alam dan bahasa minda dan badan.

Bukak tv cerita berkaitan. Lalu kedai buku ternampak buku berkaitan. Pergi ziarah saudara mara terdengar orang bercakap isu berkaitan. Tengah memandu terpandang signboard hal berkaitan. Semuanya Allah yang aturkan untuk berikan kita alerts. Allah berkomunikasi dengan kita makhluk yang Allah sayang.

Tapi kita abaikan signal atau mesej atau alerts dari Allah tu. Sebab hati kita tak bersih. Sebab kita tak usaha untuk dapatkan hidayah petunjuk Allah itu. Hidayah dan petunjuk Allah ni kita kena usahakan. Kita kena usaha atas iman kita. Kita kena usaha atas agama ini.

Kadang-kadang Allah berikan kita mimpi. Mimpi orang alim itu antara hadiah Allah untuk hamba yang disayanginya. Kadang-kadang buka youtube saja terbuka kuliah ulamak tertentu yang merungkai persoalan dan keresahan hati.

Senyumlah kepada hati-hati yang dipilih oleh Allah untuk memiliki Komunikasi bersama Allah ini. Ketenangan luar biasa kelazatan dalam beribadat dan kegembiraan hidup yang hakiki. Kenali mesej dan pesanan Allah kerana alam sentiasa berbicara dengan kita.

Salam untuk semua penduduk langit dan bumi. Salam untuk semua roh kudus
Salam untuk semua ahli ibadat
Salam untuk semua kekasih Allah
Salam untuk semua syahidallah.

Alhamdulillah atas nikmatmu
Alhamdulillah atas keajaiban yang kau berikan.

MasyaAllahhhh..

Related Post

Leave us a reply

*

*