PEK RAMADHAN UNTUK GOLONGAN MEMERLUKAN TERUS DIEDARKAN

TAWAU_ 2 MAY 2019 | Malam tadi 14 keluarga fakir miskin telah berjaya diziarahi oleh sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah. Ziarah kali ini memberi peluang kepada sukarelawan berkongsi rezeki untuk para asnaf ini menyambut Ramadhan dalam beberapa hari lagi.

Jom kita permudahkan urusan orang lain, kita bantu mereka keluar daripada kekurangan dan kita bantu golongan kurang bernasib baik ini sedar yang di luar sana mereka masih ada saudara sebangsa dan seagama yang mengambil peduli nasib mereka. Pek Ramadhan dan Pek Syawal ini sebagai salah satu tanda kasih kita kepada mereka. Di dalamnya ada barangan dapur, kordial, kurma, beras dan kuih raya untuk mereka nikmati.

Tanpa kita sedari memberikan bantuan juga dapat menolak bala, sebagaimana dinyatakan ” Sedekah itu dapat menolak tujuh puluh pintu bala ” (HR Thabrani ). Pertolongan Allah kepada seseorang juga tergantung dengan pertolongan yang dilakukannya kepada manusia lain. “Sesungguhnya Allah akan menolong seorang hamba-Nya selama hamba itu menolong orang yang lain“. (Hadits muslim, abu daud dan tirmidzi)

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami 
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*