Alhamdulillah…
3 Mei, Jumaat, 9.40pagi – KANGAR, Alhamdulillah telah selesai Misi Agihan Pek Ramadhan 2019/1440H Siri 1 anjuran 3rd Force di Perlis dengan kerjasama PISKANITA UniMAP di Perlis. Misi agihan pada pagi ini telah diedarkan kepada 18 keluarga asnaf di sekitar Kangar oleh pelajar-pelajar cilik berumur 5 & 6 tahun bersama 3 orang guru dan juga seorang wakil dari 3rd Force. Misi ini turut ditemani wakil dari MAIPs, Cikgu Zakry. 
.
Bagi semua 18 Pek Ramadhan yang diserahkan pada hari ini adalah hasil dari sumbangan ibubapa kepada pelajar-pelajar cilik ini dari Tadika Cilik Ilmu Kangar dengan usaha inisiatif dari guru-guru tadika ini sendiri. Bagi 18 unit beras pula adalah hasil sumbangan fidyah dari orang ramai melalui 3rd Force. 
.
Alhamdulillah, Segala amanah ini dapat disampaikan pada yang berhak dan berjalan lancar. Sebak bila melihat ada penerima sumbangan yang menitiskan air mata ketika menerima kehadiran anak-anak TCI yang petah bercakap ini, sudi singgah memberi sumbangan kepada mereka.
.
Apabila selesai agihan, kebanyakan anak-anak bila ditanya tentang perasaan mereka, mereka akan cakap “seronok…. Tapi penat dan panas sangat. Berpeluh-peluh”. Tapi kita juga sempat selitkan tentang perbuatan baik akan sentiasa disayangi Allah dan beroleh pahala. insyaAllah.

010-814 8545
TF Ami
.
Surah al-Munafiqun, ayat 10, yang bermaksud:
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu, Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau melambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat menjadi orang-orang yang soleh.”

#3rdForce #3rdForcePerlis #JomJadiOrangBaikBaik #RajaShamri#PiskanitaUniMAP

Related Post

Leave us a reply

*

*