PEK RAMADAN TERUS DIAGIHKAN KEPADA KELUARGA EN AZMI

SERI MANJUNG, 7 Mei 2019 (Selasa)

Sukarelawan TF Perak menyampaikan Pek Ramadan kepada En. Azmi bin Shaari @ Bakar di No. 31-B Kg Dato Seri Kamaruddin.

Sukarelawan kita pernah menziarahi En Azmi dan ibunya, Pn Halimah yang tidak boleh berjalan akibat serangan strok pada 6 September tahun lepas. En Azmi tidak boleh berjalan akibat kemalangan jalanraya beberapa tahun yang lepas.

Kami dimaklum oleh En Azmi yang ibu beliau telah meninggal dunia dua minggu yang yang lepas iaitu pada 22 April 2019. Sekarang tinggal En Azmi dan 5 lagi abang dan kakak.

Kami amat berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak telah membantu meringankan beban mereka di bulan puasa ini.

Jutaan terima kasih kepada keluarga Thirdforce dan penyumbang kerana tidak pernah putus-putus terus menyokong gerak kerja THIRDFORCE.

Pada yang ingin menyumbang boleh pm inbox di page fb atau wasap atau wassap Pn Rosni di 0195109006

JOM JADI ORANG YANG BAIK BAIK!!!

Miss Cheah
The Thirdforce Perak
Unit Kebajikan dan Kerjasama NGO KVSM
7 Mei 2019

Related Post

Leave us a reply

*

*