Rantau Panjang… Allhamdulillah hari ini berkesempatan ,melawat Adik Afza yang baru keluar hospital … beliau yang mengalami kenser tulang telah berpindah kerumah sewanya yang baru kerana rumah sewa yang lama mengalami masaalah air.

Tidak tahan dengan masaalah air menyebabkan Afza sekeluarga terpaksa mencari rumah sewa baru di tempat lain. Sudah hampir empat bulan Afza sekeluarga mengangkut air dari rumah jiran. Mak Afza seorang ibu tungal terpaksa berkerja … bila balik petang terpaksa mengangkut air, membuat dirinya terlalu letih…

mereka juga malu dengan jiran kerana hari hari mengangkuk air. Jiran ada sumber air kerana mereka “memboring “air dalam tanah. Bagi keluarga asnaf ini mereka tak mampu untuk boring air.

Air merupakan keperluan asas yang paling penting dalam hidup kita . Tiada air semuanya akan susah.Mana nak mandi.. basuh … ambik air sembahyang dan sebagainya. Lebih-lebih lagi kepada Afza yang cacat setelah kakinya terpaksa dipotong 2 tahun lepas. Kisah adik Afza ini kita telah kongsikan di sini satu masa dulu bagaimana tabahnya beliau berjuang melawan kanser.

Allhamdulillah rumah sewa baru ini bekalan air amat sempurna …. Walaupun terpaksa turun naik tangga tapi Afza sanggup asalkan keperluan asas yang sangat penting ,iaitu air ada. Mudah untuk solat katanya …

Rezeki Afza sekeluarga juga , mereka mendapat rumah sewa yang jaraknya hanya lebih kurang 500 meter dari kawasan emaknya berniaga buah. Ini semua memudahkan emaknya berulang alik memantau keadaan Afza yang sekarang berjuang kembali setelah kanser tulang dikesan kembali muncul di tulang selangkanya …

Afza juga nampak semakin sihat selepas membuat kimo pada tempoh hari. Afza seorang anak yang baik dan sangat bertuah … Allhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang peduli kepada Afza…

Marilah kita sama-sama doakan Afza sembuh seperti sediakala dan dapat meneruskan cita-citanya ingin memasuki intitiut kemahiran dalam bidang computer.

Sambil melawat Afza ,k mah juga sempat menyampaikan sumbagan orang ramai kepada Afza. Terima kasih kepada semua keluarga besar thirdforce dan seluruh rakyat Malaysia .. singapura dan thailand yang sentiasa membantu dan mendoakan Afza serta keluarganya.

Abangraja sangat menyangi adik afza apatah lagi beliau kini tak ada kaki sebelah sama seperti abangraja. Adik Afza juga menjadikan abangraja sebagai inspirasi untuk melawan kanser yang telah bebas setelah kakinya dipotong dulu dan kini walaupun sel kanser itu muncul kembali, Adik Afza tetap mahu melawannya dengan positif.

Beliau tak sabar mahu memilki motor roda 3 untuk bantu abangraja agihkan barang-barang bantuan kepada orang miskin sepertinya kata beliau.

Jommm doakan anak yang hebat ini.

K, mah 3rd force Rantau Panjang
0129492923
Jom jadi orang baik2

Related Post

Leave us a reply

*

*