Hari tu berbual2 dengan Mak tentang barang2 bantuan untuk fakir miskin di bulan ramadhan. Sebenarnya dah lebih 10 tahun, lama sebelum kita lancarkan gerakan besar-besaran The Thirdforce lagi … kita telah setiap kali ramadhan cuba untuk menggembirakan asnaf atau fakir miskin dengan menyantuni mereka bersama bantuan barangan dapur di bulan puasa.

Pada masa tu kita mulakan dulu dengan sekampit beras, gula dan beberapa barangan lain.

Benarlah janji Allah tentang khasiat atau kelebihan bersedekah ini. Golden Minds Consultant syarikat yang saya asaskan itu semakin berkembang dan kita mampu kembangkan bantuan kepada lebih banyak penerima.

Bila Thirdforce di lancarkan, saya ingin mengajak orang ramai untuk menyertai saya, untuk bersama saya merasai keajaiban ini … saya cuba terapkan business model bersedekah dan hubungannya dengan keberkatan rezeki ini kepada keluarga besar thirdforce.

Biarpun ada yang negatif dgn mengatakan nasib baik ada orang bagi sumbangan kalau tidak Raja Shamri dan team tak mampu nak bagi bantuan pun … itu semua adalah iblis yang sentiasa melihat keburukan dan mencari-cari cara utk melemahkan kerja baik kita …

Ini kerana kita dah mulakan kerja2 membantu asnaf ni bertahun-tahun lama dah sebelum thirdforce ini ujud lagi pada skala kecik kemampuan masing2.

Dan pada setiap tahun di bulan ramadhan itulah kita biasanya tak lupa letakkan dlm plastik barangan sumbangan itu sebotol oren sunquick. Mungkin bagi kebanyakan kita ianya adalah sebotol oren biasa … barang biasa … tak ada makna besar …

Tetapi bagi orang miskin sebotol oren sunquick itu di simpan di bawah katil .. di sorok khuatir ramai pula anak cucu yang pakat bancuh minum … tak merasa pulak si nenek ni.

Itulah yang di ceritakan oleh Mak pada saya beberapa hari lepas.

Biasanya bila masuk ramadhan antara asnaf yang kita hantarkan bantuan adalah rakan “sepenorehan” mak. Ada ramai yg sama2 menoreh getah dgn mak… salah sorang darinya nama Mak Su.

Baru2 ni Mak Su ada bagi tahu Mak Oren Sunquick yg saya bagi tahun lepas dia sembunyikan bawah katil bimbang takut cepat habis dibancuh oleh anak cucu … lepas tu dia terlupa letak kat mana … nak puasa tahun ni tengah kemas bilik terjumpa balik ada bawah katil … dah luput tarikh …

Begitulah betapa Mak Su dan penerima bantuan sepertinya begitu menghargai pemberian kita. Begitulah bagaimana orang miskin meraikan barangan bantuan yang kita bagi …

walapun hanya sebotol oren sunquick kecik tapi kita akan didoakan dalam doa mereka sepanjang hidup mereka …

Jommmm jadi orang baik-baik.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Raja Shamri Raja Husin
Casa De Raja
Pasir Puteh
Kelantan.
Whatsapp saya : 017-387 2232

Related Post

Leave us a reply

*

*