PROGRAM BERBUKA PUASA, SOLAT BERJEMAAH, TAZKIRAH DAN SOLAT SUNAT TARAWIH BERSAMA PENDUDUK PELUPUSAN SAMPAH DI DEPOT KEMANUSIAAN PERKALAS@TF SABAH

TAWAU _ 11 MAY 2019 | Alhamdulillah Ramadhan 2019 ini para sukarelawan PERKALAS @ The 3rd Force Sabah telah berjaya menyiapkan satu lagi projek yang seolah-olah mimpi menjadi kenyataan. Depot kemanusiaan telah beroperasi untuk para penduduk di sini solat lima waktu. Selain itu menjadi lokasi mereka berkumpul untuk sebarang aktiviti,tempat kuliah daripada para ustaz menyampaikan perkongsian ilmu dan menjadi tempat anak-anak mengenal kalam ilahi serta belajar menulis membaca dan mengira di sini.

Hari ini berpeluang berbuka puasa bersama mereka. Alhamdulillah juadah majlis berbuka puasa ini sangat meriah ada nasik kuning ayam yang masih panas, ada pelbagai kuih muih, minuman, kurma dan paling teruja untuk anak-anak di sini ialah juadah Pizza untuk setiap penduduk kampung. Mungkin saja mereka hanya melihat Pizza di kaca tv atau handphone Namun hari ini ada di depan mata.

Terima kasih kepada para sukarelawan dan para penyumbang yang menyediakan juadah berbuka puasa ini. Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda Maksudnya: “Siapa yang memberi makan pada orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi).

Hari ini kami bersyukur dengan kehadiran dua orang ustaz yang sudi bersama penduduk kampung di sini. Ada Ustaz Faizal selaku ketua Biro Kerohanian PERKALAS @TF SABAH dan kita ada Ustaz Alias Hj Idris pengasas Geng Street Dakwah. Terharu melihat dua orang pendakwah ini bergilir-gilir memberikan perkongsian ilmu dan memimpin solat magrib, Isyak dan solat sunat tarawih. Terima kasih dan tahniah ustaz atas jasa dan pengorbanan kalian berdua. Gigitan nyamuk, panas kerana ketiadaan kipas, ambil air sembahyang guna air mineral 500 ml dan bau busuk sampah tidak mematahkan semangat dakwah mu.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami 
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*