TEMPAT BERTEDUH DAN BERMALAM DI BUMI BERTUAH MALAYSIA

Setiap kali melewati rumah ini, terdetik dalam hati, ada penghuni kah di rumah ini? Macam rumah yang telah ditinggalkan. Lantas ku gagahkan diri, berhenti dan memberi salam.

Sahutan salam di sambut dan sebaik pintu rumah dibuka kelihatan beberapa orang kanak kanak memanggil ibunya, Ya Allah ramainya, sambil mata ini melilau memandang ke dalam rumah!

Kak, kak dok sini ke?
Ya, sewa kat sini, RM30 sebulan katanya.

Berapa orang ni kak dok sini?
Kak, suami, anak 7orang jawabnya perlahan.

Allahu melihat keadaan rumah, Ya Allah meruntum hati ini😭. Ya Allah, tabahnya kakak ni.Riak wajah kak niza tenang,senyuman terukir di bibir.

Habis tidur macam mana?

3 orang kat sana, 2 orang yang kakak kat sini, abe lan, kak dengan yang kembar 2 orang ni kat belakang pintu ni.

Perhatikanlah gambar2 ini. Bayangkanlah betapa banyaknya rezeki Allah untuk kita yang tak ada pada orang lain. Bayangkanlah rumah kita dengan mozek mahal, aircond dsbg. Tapi Alalh tak berikan kita kebahagian. Oramg lain rumah nak runtuh tupun rumah sewa tapi anak 7 orang.

Keadaan sekitar rumah, Kak Niza dan keluarga

Besarnya rahmat Allah. Abang selalu pesan… Allah nak kita berfikir dan bersyukur. Macam mana di saat kita berdegar degar bercakap tentang haram halal sana sini, busines kencang sana sini, pergi meeting overseas sana sini tetapi di bumi kita sendiri ada yang masih sebegini.

Di sinilah rumah yang hampir 10 tahun di diami oleh En Mat Adram Bin Mat Jaim atau lebih dikenali dengan panggilan Abe Lan bersama pasangannya isteri Puan Rosniza Zakaria tinggal bersama 7orang anak. Rumah usang ini di sewa oleh abe lan selama hampir 10 tahun di Kg Kandis, Bachok. Abe lan bekerja sebagai buruh yang berpendapatan tidak tetap, bila ada pekerjaan maka dapatla gaji.

Manakala isteri, dikenali sebagai Kak Niza pula suri rumah tangga sepenuh masa memandangkan beliau terpaksa menjaga anak seramai 7orang,menghantar dan mengambil anak sekolah memandangkan 4 daripanya telah bersekolah.Rumah sewa usang itu tiada bilik, tiada dapur yang baik, tiada tandas yang sempurna.

Beginilah kehidupan segelintir dari masyarakat disini. Mereka warganegara Malaysia orang tempatan yg bekerja menggunakan tulang empat kerat dan hidup serba dhaif. Kemiskinan ini bukannya berlaku overnight. Sudah lama. Hati ini jadi benar-benar serba salah. Apa nak jawab dengan Allah jika ada anak-anak ini yg membesar tak sempurna agamanya, akhlaknya, pendidikannya dsbg.

Terngiang ngiang kata kata abangraja tentang jangan kita bercakap berdegar degar tentang islam, tentang hukum halal haram jika kemudahan asas nak tidur nak makan nak solatpun mereka belum sempurna dan cukup.

Berikanlah kasih sayang hulurkan islam yg sebenar iaitu ukhuwah dan persahabatan. Doakanlah.

Inilah perjuangan kami
Perjuangan kita semua.

Sebarkan kasih sayang bukan kebencian.
“Jomm Jadi Orang Baik-baik”

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Ikhlas dari,
Afiza Jamaludin
Sukarelawan Thirdforce Bachok
019-3837572 (fiza)
0179062522 (adi)

Attachments

Related Post