UPDATE PEMBINAAN RUMAH TAMU DI PONDOK SELIGI UNTUK MUSAFIR DAN PARA MURABBI YANG DATANG MENGAJAR KE PONDOK

Alhamdulillah…. Syukur pada Mu ya Allah kerana diberikan peluang lagi pada kami untuk membuat kerja amal. Sekarang kami diberikan tugas untuk menyiapkan sebuah pondok transit di Pondok Seligi Pasir Puteh.

Walaupun ada juga pelbagai cabaran yang diturunkan Allah untuk para tukang dan sukarelawean dalam membantu membina rumah tamu ini tetapi Alhamdulillah proses pembinaan ini masih lagi berjalan dan diteruskan.

Sumbangan untuk projek ini agak perlahan tetapi Abang Raja masih lagi meneruskan projek ini. Bagi Abang Raja untuk membuat benda baik kita tidak perlu mengemis, InsyaAllah Allah akan tolong kita. Itulah antara kata-kata Abang Raja yang selalu kami dengar apabila ada masalah.

Bagi Abang Raja projek pembinaan pondok transit ini adalah projek yang sangat baik apabila pondok ini akan digunakan untuk ustaz-ustaz dari luar datang ke pondok seligi ini untuk mengajar. Pondok ini juga akan digunakan untuk orang yang musafir datang belajar di Pondok Seligi ini. Golongan-golongan ini adalah antara golongan yang doanya sangat dimakbul doanya selain dari kedua orang tua kita.

Selain itu pondok ini adalah antara ladang pahala bagi kita semua selagi pondok ini digunakan untuk tenaga pengajar dan penuntut ilmu. Abang Raja juga berpesan kepada kami agar membina pondok ini sebaik yang mungkin bagi keselasaan para ustaz dan pelajar untuk tinggal sementara di situ. Abang Raja juga pernah bercerita pada kami di negara luar mereka sangat menghormati orang beragama. Ada negara yang siap menempatkan tempat duduk khas untuk sami di kenderaan awam. Tapi perkara macam tu belum terjadi kat negara kita.

Pembinaan pondok transit ini sekarang di fasa menaikkan kerangka atap. Kita masih lagi memerlukan atap, simen, siling, wirering, pemasangan meter elektrik, cat dan perabut asas.

Rumah transit ini berkeluasan lebih kurang 20 X 20 kaki persegi akan dibina di pondok seligi, pasir puteh untuk kemudahan guru-guru yang datang mengajar atau tetamu yang datang ke sini. Hasrat pembinaan rumah tamu ini diluahkan oleh salah seorang ustaz yang merupakan tenaga pengajar di pondok ini. Tujuannya adalah untuk memudahkan para-para tok guru ataupun ulama’ yang datang bertandan ke pondok Seligi.

Pondok Seligi ni telah diasaskan pada tahun 1989 oleh Tuan Guru Abdul Hamid Bin Daud. Di dalam kawasan pondok ini, ada banyak pondok-pondok kecil yang menempatkan pelajar dan tok guru yang ada di sini. Namun baru-baru ini seorang guru berhasrat untuk menukar pondok yang pernah dia duduk dahulu untuk menjadi rumah tamu. Ustaz yang dimaksudkan sudah berpindah dan menetap di luar, jadi daripada dibiarkan usang begitu lebih baik ia dibina semula dan dijadikan tempat transit untuk tetamu yang datang.

Walaubagaimanapun, hasrat itu terbatas apabila mengalami kekangan kewangan. Maklumlah kalau kita nak buat bilik air yang kecil pun memakan kos sehingga beribu inikan pula sebuah rumah tamu yang berkeluasan 20 X 20 kaki perseg sahaja dan bagi kami ianya sudah cukup luas dan cukup selesa untuk digunakan oleh para murabbi dan musafir yang datang ke belajar atau mengajar di pondok ini.

Hari ini Abang Raja ingin berkongsi peluang kepada seluruh keluarga besar The 3rd force dari seluruh Malaysia yang sememangnya Abang Raja yakin sangat pemurah dan baik hati. Kita sebagai orang awam yang sentiasa sibuk bekerja ni kadang-kadang tak sempat nak pergi jenguk-jenguk hulur bantuan atau memberi sumbangan sendiri . Kerana itu The 3rd force menjadi platform untuk kalian melabur dalam saham akhirat ini.

Tak rugi kita sama-sama menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembinaan dalam jalan agama ni. Mungkin ianya menjadi asbab untuk kita menjawab di hadapan Allah nanti. Memang pembinaan ini bakal menelan belanja sehingga beribu ringgit, tapi sedekah itu bukan terletak pada nilainya namun pada keikhlasan hati kita. Kalau tak boleh bagi seratus, lima puluh ringgit sangat memadai asalkan dari hati yang ikhlas.

Betapa besarnya ganjaran yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita yang berjuang di jalan Allah walaupun hanya secebis sumbangan dalam pembinaan rumah tamu ini. Yang bakal duduk di sini mungkin guru-guru mursyid, ulama-ulama, malah mungkin ahli sufi. Dengan sedikit sumbangan itu tadi, maka pahala yang mengalir berterusan akan masuk ke dalam “akaun” kita untuk dibawa bekal ke akhirat.

In syaa Allah sama-sama kita bantu dan kita percepatkan pembinaan rumah transit ini.

#togetherwearestronger
#jomjadiorangbaikbaik

Jullah
Sukarelawan The 3rd force
Ahad | 15 SEPTEMBER 2019
0173448767

Attachments

Related Post