Pada 18 November 2019 bersamaan hari Rabu sukarelawan The Thirdforce Perak telah mengunjungi satu keluarga asnaf di Kampung Ketieor, Manong Perak

Kami tiba sekitar jam 2.00 petang hasil dari maklumat yang di terima dari salah seorang guru yang mengajar anak pasangan kepada En Mohamed Fairos Mustafa 39 tahun dan Pn Wahidah bt Ahmad 37 tahun .

Sewaktu tiba di rumah yang disewa oleh keluarga asnaf ini, kami dapat berjumpa dengan keluarga En Fairos dn Pn Wahidah serta lapan orang anaknya iaitu Ahmad Fahmi 13 tahun, Si Rohani 13,Siti Rohana 13 tahun, Nurfaiqah Nafisa 11 tahun,Ahmad Fauzi Damien 9 tahun, Nur Faqihah wafa 7 tahun , Ahmad Fahril Danish 6 tahun , Nur Fatihah Damia 4 tahun .

En Mohamed Fairos yang hanya bekerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan tetap manakala Pn. Wahida hanyalah suri rumah shj.

Pasangan ini selalu dihimpit dengan masalah kewangan apabila dua daripada lapan anak mereka iaitu Nur Fatihah Damia 4 tahun dan Ahmad Fauzi Damien 9 tahun mengalami penyakit jantung.
Mereka terpaksa berulang alik ke IJN, Kuala Lumpur, Hospital Besar Ipoh dan Hospital Gleneagle Pulau Pinang untuk menerima rawatan.

Akibat kesempitan hidup En. Fairos, keluarga ini hanya mampu membeli motosikal sahaja.Dengan motosikal inah, En Fairos perlu berulang alik sebanyak 4 kali pd waktu pg untuk menghantar anaknya ke sekolah.

Masalah kewangan semakin meruncing tatkala kedua2 anaknya perlukan rawatan lanjut di hospital. Keadaan tersebut memaksa En Fairos menyewa kereta untuk berulang ke hospital. Baru- baru ini utk rawatan anaknya di IJN, En.Fairos terpaksa mengeluarkan perbelanjaan rm500 semata-mata untuk menyewa kereta selama 5 hari tidak termasuk perbelanjaan lain seperti tol, minyak dan makanan. Begitu juga akibat tiada kenderaan yg sesuai, En.Fairos juga terpaksa menyewa kereta ke Pulau Pinang dan Ipoh bagi membolehkan anaknya mendapatkan rawatan.

Pada 27 November anaknya
Ahmad Fauzi telah menerima rawatan di IJN . Katanya beliau tidak menyangka dengan berbekalkan hanya beberapa ratus ringgit sahaja sebagai bekalan ke IJN doktor telah memaklumkan kos rawatan anaknya mencecah 55,000 ringgit . En Fairos terpaksa membuat rayuan kepada pihak IJN . Hasil rayuan yang telah dibuat pihak IJN telah menanggung kos sebanyak rm45,000 baki Rm10, 000 perlu dibayar oleh pihaknya. Baki 10,000 lagi ditanggung oleh Majlis Agama Islam Perak .Setelah membuat rayuan kepada Majlis Agama Islam Perak maka wang Rm10k djtanggung oleh pihak MAIP.

Menurut pasangan ini lagi anaknya terpaksa membuat rawatan sekali lagi bulan Februari nanti . Sekali lagi mereka harus mengumpul sejumlah wang yang banyak untuk menampung kos rawatan yang akan datang. Walaupun jumlah kos yang terpaksa ditanggung belum diketahui tapi pasangan ini telah berasa susah hati untuk mendapatkan wang untuk rawatan akan datang.

Menurut En Fairos anaknya juga sering mengalami penyakit sawan. Selain Ahmad Fauzi anaknya Nur Fatihah juga mengalami penyakit jantung berlubang. Pada tahun 2015 anaknya telah melakukan pembedahan hasil sumbangan orang ramai setelah kisah anaknya disiarkan oleh pihak media.

Melihat masalah yang dialami oleh pasangan keluarga ini timbul rasa simpati di hati kami untuk kami panjangkan cerita ini pada pihak-pihak yang ingin menyalurkan bantuan kepada mereka sekeluarga. Kami berniat untuk mengumpulkan dana bagi membeli kereta terpakai agar En.Fairos dapat menggunakan kenderaan tersebut untuk urusan rawatan dan persekolahan anak-anaknya.Kepada sesiapa yg sedia membantu dari segi kewangan mahu pun kenderaan, pihak kami amat mengalukan bantuan tersebut.Semoga dgn bantuan dana tersebut, Allah akan memudahkan segala urusan anda semua.

Teruskan bersama The Thirdforce Perak. Kalau bukan kita siapa lagi.

Kami berpisah pada jam 3.00 petang. Sebelum berpisah kami sempat menyampaikan sumbangan barang keperluan dapur.

The Thirdforce Perak

Ketiur ,18 Disember 2019 (Rabu )

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*