TAWAU _ 2 JANUARI 2020 | Alhamdulillah malam ini team sukarelawan PERKALAS @TF SABAH meluangkan masa pergi membeli keperluan sekolah untuk adik Guntur dan kakak serta abangnya. Antara keperluan yang telah dibeli untuk adik-adik ini ialah Calculator Scientific, Alat Geometri, Kasut sekolah, Alat Tulis, Baju sekolah lelaki dan perempuan serta keperluan lain.

Gembira sungguh empat beradik ini menyambut sukarelawan. Terutama si kakak yang mendapatkan Calculator Scientific dan set geometri. Bayangkan di tingkatan lima baru si kakak dapat memilikinya. Sebelum ini terpaksa meminjam milik kawan-kawannya. Guntur dan abangnya pula sangat gembira dengan kasut hitam baru. Dapatlah dia menggantikan kasut putih yang lama.

Ayah mereka yang baru tiba dari mencari ketam bakau hanya tersenyum dan memgucapkan terima kasih dengan lembut kepada sukarelawan. Wajah letihnya nampak senang hati kerana keperluan anak-anaknya telah tersedia.

Jom bersama kita bina negeri ini dengan kasih sayang. Percayalah untuk mencapai sesuatu yang besar kita perlu lah kembali kepada perkara asas. Salah satu perkara asas itu ialah membahagiakan si miskin terutama anak-anaknya.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*