Pasir Mas, 3hb Januari 2020 – Adik Mohammad Hakim bin Mohamad Hanafi, 16 tahun adalah seorang anak yatim yang tergolong dalam OKU ( Buta ). Adik Hakim kini tinggal bersama ibunya dan seorang adik. Ibu adik Hakim tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara anak-anak beliau.

Adik Hakim sebelum ini belajar di Sekolah Pendidikan Khas Kutan, Tumpat. Walaubagaimanapun sekolah ini tidak mempunyai kelengkapan untuk mendidik pelajar OKU yang buta dan pihak sekolah telah menguruskan pertukaran adik Hakim ke Sekolah Pendidikan Khas Setapak yang mempunyai kelengkapan yang cukup untuk pelajar OKU buta.Mata sebelah kanan adik Hakim kini pun semakin kabur

Adik Hakim sepatutnya mendaftar diri di Sekolah Pendidikan Khas Setapak pada 6hb Januari ini. Pihak 3rd Force Pasir Mas telah menghubungi pihak sekolah di Setapak dan memohon penangguhan pendaftaran Adik Hakim atas sebab kekangan kewangan. Adik Hakim perlu membeli pakaian dan peralatan sekolah, peralatan asrama dan juga tambang untuk ke Kuala Lumpur.

Pihak 3rd Force Pasir Mas sekarang sedang berusaha untuk mengumpul sumbangan supaya adik Hakim dapat mendaftarkan diri di Sekolah Pendidikan Khas Setapak seberapa segera yang boleh.

Terima Kasih

*Jom Jadi Orang Baik-Baik*

*Together We Are Stronger*

Laporan
Kak Lah
3rd Force Pasir Mas
018-2718969

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*