PITAS_ 4 JANUARI 2020 | Wajah riang terpancar di muka 10 pelajar ini apabila menerima peralatan sekolah seperti bag, kotak pensil, gam, warna, pembaris dan lain-lain. Saat-saat sebegini yang membuatkan para sukarelawan kami terubat rasa penat lelah dalam setiap gerak kerja kemanusiaan kami.

Selain dapat mengembirakan anak-anak ini sudah pasti sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban ibu bapa mereka yang berasal dari keluarga kurang mampu. Semoga satu saat anak-anak ini dapat berjaya dalam hidup mereka untuk membantu merubah nasib keluarga masing-masing.

Bagi mereka yang pernah merasai hidup serba kekurangan di zaman kanak-kanak atau zaman persekolahan pasti dapat merasai kegembiraan apabila memiliki bag baru atau pensil baru. Sangat sederhana namun cukup bererti bagi anak-anak miskin ini. Untuk rakan-rakan yang telah berjaya merubah hidup kepada yang lebih baik jangan pernah melupakan nasib golongan yang memerlukan di sekitar kita. Semoga dengan perkongsian rezeki yang dibuat boleh menjadi asbab untuk hidup yang lebih berkah.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*