TAWAU_ 4 JANUARI 2020 | Malam ini dua keluarga menerima bantuan daripada team sukarelawan PERKALAS@TF SABAH. Tidak banyak tapi ada untuk saling peduli pada sesama makhluk Tuhan apa lagi mereka yang amat perlu untuk meneruskan kehidupan.

Keluarga pertama menerima sumbangan wang tunai yang sedikit sebanyak boleh digunakan untuk membantu menampung kos rawatan ke Kota Kinabalu pada 7 hb ini. Abang Tamrin salah satu keluarga yang diuji Allah dengan penyakit namun beliau tidak pernah berputus asa bersama isterinya untuk berusaha. Manakan tidak kos rawatan, kos sewa bilik dan belanja sehari-harian wajib beliau sediakan.

Keluarga ke dua pula tinggal menyewa di bawah kolong. Jika hujan lebat melanda seringkali keluarga ini menghadapi kesukaran apabila air masuk ke dalam rumah dan makin parah kerana kedudukan mereka sangat berhampiran dengan sungai. Suami dan isteri ini tidak mempunyai kerja tetap namun sentiasa berusaha membuat kerja apapun demi anak-anak mereka.

Bantuan barangan dapur bulanan yang diberikan sudah pasti tidak mencukupi untuk keperluan lima beranak ini. Namun itulah kemampuan kami semoga sedikit bantuan ini dapat mengurangkan kos hidup yang keluarga ini tanggung. Kasihan anak-anak di rumah ini kerana ibu bapa mereka tidak punya cukup duit menampung kos persekolahan di sekolah swasta dan masalah dokumen mereka terpaksa meninggalkan alam persekolahan.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*