MENYANTUNI FAKIR MISKIN DENGAN AGIHAN MAKANAN DAN MINUMAN

SEMPORNA _ 6 JANUARI 2020 | Malam ini 70 orang fakir miskin telah disantuni oleh para sukarelawan PERKALAS@TF SABAH di daerah ini. Kami hanya membantu mengikut kemampuan yang kami ada. Sekadar air kotak dengan sebungkus roti untuk mereka itu rezeki mereka saat ini.

Sedih melihat mereka berebut-rebut untuk mendapatkan makanan dari sukarelawan. Jika mereka orang yang hidup berkecukupan pasti ini tidak akan berlaku. Diharapkan sedikit perkongsian ini dapat mengalas perut mereka malam ini. Untuk sahabat-sahabat yang terlibat menjayakan program malam ini kami ucapkan ribuan terima kasih dan semoga bertambah rezekinya dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.

”Orang-orang yang menginfakkan hartanya malam dan siang hari (secara) sembunyi sembunyi maupun terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.” (QS Al Baqarah, 2: 274)

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*