Hari ini 06/01/2020 ,tiba tiba hati terasa sayu mengenangkan nasib pasangan bisu suami isteri.Sayuti bin Manaf 49 tahun dan isterinya Norhayati bt Mat Yaacob 40 tahun yang tinggal di Kampung Tok Deh Barat ,Rantau Panjang Kelantan.Pasangan bisu ini mempunyai empat orang anak ,tiga perempuan dan seorang lelaki.

Nurul Hanim 15 tahun,Nurul Ain Umairah 13 tahun, Nurul Hanan 9 tahun dan Muhamad Iman 4 tahun.Semua anak pasangan ini normal dan tiada seorang pun yang menerima nasib seperti ibu bapa mereka.Inilah kuasa dan kebesaran Allah SWT .

Didalam dunia ini ,tidak ada seorang pun ingin dilahirkan cacat dan miskin,tapi kelahiran kita tidak boleh dipilih.Sebagai hambanya kita terima ketentuan Allah SWT dengan penuh keredaan.

Rumahku syurgaku ,itulah ungkapan yang sering kita dengar ,tapi tidak bagi keluarga ini.Berat mata memandang ,berat lagi bahu memikul.keadaan rumah yang sangat menyedihkan ini ,sangat tidak sesuai bagi anak anak perempuan mereka yang sedang meningkat remaja.

Rumah ini mempunyai satu bilik, tidak mempunyai bilik mandi dan keadaan tandas yang sangat menyedihkan ,serta membahayakan.Bagi sayuti bukan pekara yang mudah baginya untuk menyediakan semua keperluan asas ini kepada kuarganya .

Sayuti yang berkerja sebagai buruh kasar ,dengan pendapatan yang tidak menentu dan kadang kadang tipu oleh mereka yang suka mengambil kesempatan keatas kekurangan dirinya, dengan membayar upah yang tidak berbaloi dengan kerja yang dibuat olehnya.

Sayuti sekeluarga tidak pernah menyusahkan ahli kelurga ,mereka hidup atas kemampuan diri sendiri dalam serba kekurangan.Tidak suka meminta minta dan sentiasa tersenyum walaupun dalam kesusahan.Tidak suka mengadu kesusahan yang mereka alami ,apatah lagi dengan keadaan mereka yang bisu ,menyukarkan untuk orang ramai memahami apa yang ingin sampaikanya.

Membantu sekadar kemampuan ,itulah pegangan dan prinsip kami .Kita semua sedia maklum ,kami 3rd force tidak mempunyai dana ,bergerak atas sumbagan dan keperihatinan orang ramai.InshaAllah dalam masa terdekat kami cuba menyediakan tandas yang lebih baik dan selamat dari manusia dan juga binatang berbisa untuk mereka sekeluarga.Memberi sedikit keselesaan untuk anak remajanya yang meningkat dewasa dalam menjalani kehidupan harian.

Tempat mandi juga kita akan dindingkan dengan zink atau bata block untuk melindungi anak anak perempuan ini semasa mandi dan membasuh pakaian.keadaan tempat mandi dan membasuh sekarang sangat terbuka ,terlalu bahaya bagi mereka sekeluarga.

Rumah yang mereka diami sekeluarga sekarang adalah milik mereka ,tanah pusaka yang telah diberi kepada sayuti oleh arwah orang tuanya.Rumah yang kecil dan serba kekurangan inilah satu satunya harta milik sayuti. Sayuti bersyukur sangat sangat ,dia tidak perlu memikirkan tentang bayaran sewa rumah yang perlu dibayar setiap bulan,yang perlu dijelaskan ialah bayaran api dan air.

Kami bukan ingin meraih simpati , tapi cuba memberi sedikit keselesaan untuk keluarga istimewa ini.Sebagai manusia mereka juga berhak hidup dalam sedikit kesempurnaan asas.Marilah kita sama sama berfikiran positif,yang mana Allah hadirkan mereka ini sebagai ujian untuk kita.Bukan saja saja Allah hadirkan mereka atas dunia ini.Anggaplah dengan memberi mereka sedikit kesempurnaan dalam kehidupan harian ,sebagai saham akhirat kita ,serta menyempurnakan amanah Allah ,membantu pada mereka yang betul betul memerlukan.

JOM JADI ORANG BAIK2
THE 3RD FORCE
TOGETHER WE ARE STORONGER

K mah 3rd force Rantau Panjang
012 9492923
06012020

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*