6 Januari 2020 | Perkongsian salah seorang sahabat yang juga merupakan salah seorang sukarelawan PERKALAS@TF SABAH yang sama-sama berjuang membina PERKALAS sejak awal mula gerak kerja ini beberapa tahun lalu. Dia seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di Sabah. Sayangnya kepada fakir miskin bukan hanya di luar pagar sekolah itu.

Tapi dimulakannya di sekolah, Rak Syurga yang PERKALAS@TF SABAH perkenalkan masuk tahun ke tiga ini awal mulanya digerakan di surau, masjid, hospital Tawau, hospital Sandakan. Kini suda dijalankan dibeberapa sekolah, isinya tidaklah seberapa seperti bag sekolah, kasut sekolah, keperluan alat tulis dan makanan serta minuman untuk murid-murid yang kurang mampu.

Terima kasih sahabat kerana terus berusaha menyebarkan kebaikan ke serata pelusuk negeri ini dan hari ini di sekolahmu. Percayalah benih-benih kasih sayang ini perlu dimulakan di sekolah. Sifat berbagi atau berkongsi rezeki sangat elok ditanamkan dalam kalangan remaja kita dari bangku sekolah lagi.

Apa yang kau cetuskan ini di sekolahmu sudah pasti satu saat nanti akan mencuit hati rakan sekerja beramai-ramai bersama memenuhkan Rak Syurga yang kau bina. Semoga perkara baik begini boleh menjadi inspirasi ramai orang di luar sana untuk berkongsi rezeki mengikut kreativiti mereka dan kemampuan yang mereka miliki.

Aku tahu Allah mengujimu cukup berat akhir-akhir ini. Tapi aku cukup kagum semangatmu tidak pernah luntur untuk membuat ramai tersenyum gembira walau hatimu menagis menanggung derita yang kau alami. Terima kasih sahabat semoga Allah cepat mengangkat ujian yang kau hadapi.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*