TAWAU_ 8 JANUARI 2020 | Hari ini lima warga emas telah diziarahi di sekitar daerah ini. Tawau hari ini musim hujan di sebelah petang, program hanya boleh dilaksanakan selepas hujan berhenti namun kesannya menyebabkan pergerakan sukarelawan PERKALAS@TF SABAH agak sukar untuk tiba di pondok lima warga emas ini.

Kebanyakan pondok mereka kenderaan tidak boleh sampai oleh itu sukarelawan terpaksa berjalan kaki di lorong kecil yang berlumpur dan ada yang dinaiki air. Apapun cabarannya sukarelawan berusaha hadapi demi menziarahi dan menyampaikan bantuan pek barang dapur ini kepada asnaf.

Semoga Allah sentiasa melindungi warga emas ini dari sakit demam mereka maklum ada diantara mereka tinggal di pondoknya sebatang kara atau ada yang suami isteri tidak punya zuriat. Telah beberapa kali kes para asnaf warga emas ini sakit teruk namun sukarelawan mendapat berkhabaran ini agak lewat disebabkan tidak dapat berhubung kerana mereka tidak punya hand phone untuk dihubungi.

Kesemua warga emas ini telah bertahun bersama kami dan mendapat bantuan semampu kami. Bagi PERKALAS@TF SABAH mereka ini telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. In sya Allah ada waktu dan rezeki nak menjemput mereka makan malam bersama. Ini juga merupakan salah satu cara agar warga emas ini tidak terlalu merasa sunyi dan rasa punya anak-anak yang mengambil berat hidupnya.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Attachments

Related Post