LEKIR, 17 Januari 2020 (Jumaat)

Petang ini sukarelawan TF Perak menziarahi dua keluarga asnaf di bawah seliaan kita untuk menyampaikan barangan dapur dan juga wang zakat.

Keluarga En Muhamad Aznizam bin Mat Wahid, 27 tahun adalah yang pertama kami ziarahi petang ini
Beliau dan isterinya, Norazlinda binti Abdul Razak, 30 tahun merupakan OKU. Anak lelaki pasangan ini baru berusia setahun.

Kemalangan yang telah dialami oleh En Nizam pada tahun 2013 telah menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong. Isterinya Puan Linda juga seorang OKU. Puan Linda mengalami cacat pendengaran dan juga tidak boleh bercakap.

Keluarga kedua yang dikunjungi adalah keluarga Allahyarham, Pn Azizah yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kolej Vokasional Seri Manjung. Ibu Allahyarham, Pn Halimah (61 tahun) menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Beliau dapat bantuan wang sebanyak RM300 dari JKM. Suami Pn Halimah buta di sebelah mata akibat kemalangan dan ada penyakit jantung. Encik Hussain pernah menjalani pembedahan jantung dan tidak mampu bekerja.

Teruskan bersama The Thirdforce Perak.

Jom Jadi Orang Baik-baik

Together we are stronger

Dilaporkan oleh
Miss Cheah
The Thirdforce Perak
17 Januari 2020

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*