Pada 22 Januari bersamaan 2020 hari Rabu, sukarelawan The Thirdforce Perak menziarahi Pn Sarimah bt Sulaiman dan keluarganya di Kerian. Keluarga inilah yang menjaga kakak Pn Sarimah, Rahana bt Sulaiman (50 tahun) seorang OKU. Kami dimaklum yang beliau menerima bantuan bulanan sebanyak RM250 dari JKM. Sehingga kini, OKU ini tidak pernah menerima sumbangan dari mana-mana NGO atau ahli politik.

Kami dimaklum Makcik Rahana memerlukan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan dan juga lampin dewasa saiz L. Kami berjaya mendapatkan satu kerusi roda pre-loved yang dalam keadaan elok dan juga 2 pek lampin dewasa dan telah menghantar ke rumah beliau pada hari itu.

Kepada yang ingin menyumbang kepada beliau boleh pm inbox di page FB Thirdforce Perak.

Jom Jadi Orang Baik-baik.

Together we are stronger.

Dilapor oleh
En Zainal Hisham bin Zainal Abidin
23 Januari 2020

Related Post

Leave us a reply

*

*