Assalamualikum ,hari jumaat penghulu segala hari.Perancangan Allah adalah yang terbaik.kita manusia tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan kita .

Syukur ke hadrat Ilahi . Anak prihatin kita Adam dan Hamas , yatim piatu di Lubok stol telah diterima menduduki rumah anak yatim di Darul Aitam kota Bharu.Mereka telah memasuki rumah anak yatim itu itu pada beberapa hari lepas.

Mereka nampak begitu teruja selepas mendengar taklimat yang disampaikan kepada mereka.Dua beradik ini telah dibawa ke Darul Aitam oleh ibu saudaranya , yang menjaga mereka berdua selepas kematian ibu mereka beberapa bulan yang lalu.

Bukan tidak sanggup menjaga anak saudara tersayang , tapi faktor umur dan kesihatan tidak mengizinkan kak cik menjaga mereka berdua.kak cik adalah panggilan mesra untuk ibu saudara anak yatim piatu ini.

Kak cik pada mulanya tidak berapa setuju untuk membenarkan Adam dan Hamas , tinggal dirumah anak yatim, tapi selepas kak mah menerangkan kelebihan yang ada , barulah kak cik memberi keizinan kami menguruskan borang kemasukan kesana.

Kak Mah terangkan kepada kakcik sebagai penjaga , kak cik boleh melawat mereka berdua pada masa yang dibenarkan , boleh balik pada hari cuti dan tinggal disini banyak keistimewaanya.

Keluarga kakcik bimbang kasih sayang mereka terputus bila anak saudara kesayangan mereka tinggal disini. Tpi bila mereka telah jelas dan terang dengan apa yang dijelaskan oleh pihak Darul Aitam , perasaan lega dan terharu kerana anak yatim piatu ini berjaya memasuki Darul Aitam , selepas menjalani proses temuduga .

Adam dan Hamas, masuk ke Asrama Anak Yatim Darul Aitam.

Kami tidak mengharapkan balasan atau nama kami disanjung dengan apa yang kami buat ini, tujuan kami hanya membantu sekadar kemampuan kami pada mereka yang memerlukan.Kami 3rd force walaupun sering dikeji, difitnah dan macam – macam yang kami kena tapi semua itu kami telan dengan penuh keredaan .kami pasti Allah lebih mengentahui apa yang kami lakukan dan kepada Allah kami berserah.

Sama sama kita doakan anak yatim piatu ini sentiasa berada dibawah rahmat Allah , kepada keluarga besar 3 rdforce diluar sana , terima kasih semua , hanya Allah yang mampu membalas semua kebaikan yang kalian berikan.keperihatian semua terhadap anak yatim piatu ini telah membuktikan gelombang kasih sayang tiada sempadan adalah riality dan bukan sekadar indah khabar dari rupa.

Hanya orang yang kenal kami tahu siapa kami. Hanya orang yang pernah berurusan dengan 3 rd force tahu apa itu 3 rd force dan bagaimana kami berkerja .

Jom jadi orang baik baik
3 rd force together we are Stronger
K mah 3 rd force rantau panjang
0129492923
24/01/2020

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*