Lidah kelu tak dapat berkata kata apabila melihat rumah rumah asnaf yang kak Mah lawati semalam ,sekitar Rantau Panjang.

YaAllah ampuni hambamu ini, hanya mampu melihat .Kak Mah melawat 2 buah rumah di Lubok Stol bersama penghulu yang sangat prihatin terhadap anak mukimnya , penghulu mat ( Mat Bustaman)penghulu Lubok Stol Rantau Panjang kelantan serta melawat seorang asnaf di Tasik permai Rantau Panjang.

Semakin kita berjalan , semakin ramai asnaf yang memerlukan . Mereka tidak suka dan malu untuk meminta -minta.Mereka berkata tidak mahu meminta dan mengharap dari manusia nanti kecewa bila tidak dipeduli, hanya pada Allah kami mengadu dan meminta.Itulah kata – kata mereka semasa berbual -bual dengan kak Mah.

Bersama mereka seketika membuat diri ini insaf,kita rasa kita susah tapi mereka lebih susah dari kita.Dua buah rumah yang dilawati , tandas diluar dan sangat daif.Keadaan rumah yang sangat membahayakan keselamatan anak -anak mereka .

Semasa menziarahi mereka , kita terangkan kita tidak menjanjikan bintang dan bulan untuk mereka , tapi andai dah tertulis rezeki mereka InshaAllah .Kak Mah terangkan kita tidak ada dana dan bergerak atas sumbgan orang ramai yang ingin menambah saham akhirat mereka dan menjadi orang baik – baik.

InshaAllah kita akan cuba membantu mereka setakat kemampuan kita .kita cuba yang terbaik buat mereka.Memandangkan ramai yang memerlukan bantuan kita semua , kita bantu satu persatu.

Kak Mah ditanya oleh sesorang ,” kenapa ramai orang miskin di kelantan ekk?” seperti pesan abangraja selalu, Kak Mah jawab sambil berjenaka “ Allah bukan saja – saja hadirkan mereka untuk kita tapi Allah hadirkan mereka untuk kita membuat kebaikan,supaya kita berfikir orang lain lebih susah dari kita dan beri peluang kita menambah saham akhirat .Betapa ruginya jika kita semua tidak gunakan peluang ini .

Kita akan mulakan dengan membaiki tandas untuk pasangan bisu di Tok Deh , siap disana kita akan bantu yang lain dengan izin Allah.

Sama – sama kita doakan semua kita kita semua dipermudahkan oleh ALLAH SWT , dan semoga semua amalan dan kebaikan kita diterima oleh yang maha esa.

Jom jadi orang baik – baik
3rdforce together we are Stronger
K mah 3rd Rantau Panjang
0129492923
25/01/2020

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*