Alhamdulillah seperti biasa setiap hari Sabtu diadakan latihqn memanah untuk oku fizikal di Pusat Latihan Memanah Paralimpik negeri yg dikendalikan oleh Penggerak Memanah Paralimpik Kelantan yg dilantik oleh MSN iaitu Tuan Haji Raja Shamri.

Latihan mingguan ini adalah antara juga sebahagian dari usaha kemanusian yg bernaung di bawah program bantuan kemanusiaan thirdforce. Dibantu oleh sukarelawan thirdforce Coach Izzar, coach Ali dan lain-lain lagi, program ini mensasarkan oku fizikal B40 untullk dilatih menjadi atlet memanah agar dapat mewakili negeri dalam pelbagai pertandingan sepanjang tahun.

Hari ni ramai yg hadir latihan. YM Tn Haji Raja Shamri juga menggunakan kepakaran beliau sebagai perunding motivasi utk memberikan suntikan semangat kepada oku ini yg rata ratanya sangat memerlukan bimbingan dan inspirasi utk bangkit dan keluar dari kepompong kehidupan rendah diri, kebergantungan pada orang lain dsbg.

Ada di antara mereka berkongsi rasa gusar tentang masa depan selepas spm, masa depan bila semakin berusia dan sebagainya. Tn Hj Raja Shamri bukan sahaja bertindak sebagai penggerak sukan memanah ini dan juga coach tetapi juga sebagai mentor serta sumber inspirasi kepada OKU ini. Beliau mengujudkan positive circle dan support group yg kuat utk semua atlet yg bersama beliau menjadikan mereka semua bukan sekadar belajar memanah tetapi juga belajar untuk hidup berdikari dan manjadi warganegara serta mukmin yang hebat.

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*