• DISCLAIMER

for any inquiry: +609 786 8787 rshamri@hotmail.com

  • User Login
    Sign In

    Remember me

    Forget Password?

We Are The 3rd FORCE

Together We Are Stronger

Contribute Now
  • Home
  • THE 3RD FORCE
    • Intro
    • The Founder
    • Vission and Mission
    • Portfolio
    • Join Us
  • PROJECTS
    • Bantuan Perubatan
    • Bantuan Pembinaan Rumah
    • Bantuan Persekolahan
    • Pembinaan Infrastruktur
    • Special Projects
    • Bantuan Kemanusiaan
  • MEDIA
    • Video/Podcast
    • Keratan Akhbar
    • Capsule Manis FM
    • Santai Nurani
  • HERO DAILY
  • Chapters
    • Kelantan
      • TF Tumpat
      • TF Pasir Mas
      • TF Machang
      • TF Rantau Panjang
      • TF Kota Bharu
      • TF Kuala Krai
    • Terengganu
      • TF Kuala Terengganu
      • TF Team Ganu Kiter
    • TF Perlis
    • Negeri Sembilan
      • TF Seremban (Leading)
      • TF Port Dickson
      • TF Jempol
    • Pahang
      • TF CIAT
      • TF Cawangan Khas UNITEN
    • Sabah
      • TF Kudat
      • TF Tawau
    • TF Perak
      • TF Manjung (Leading)
      • TF Pengkalan Hulu
    • Johor
      • TF Segamat
      • TF Kota Tinggi
    • TF Labuan
    • TF Bangi
    • TF IPT
      • UNITEN
      • UNIMAP
      • UIAM
      • UUM
      • UITM Kota Bharu
      • UTM
  • Global
    • TF Qatar
    • TF Saudi
    • TF Sri Lanka
    • TF Vietnam
    • TF Bosnia
  • CONTACT US

THE FOUNDER

  • Home
  • 3RD FORCE
  • THE FOUNDER

THE FOUNDER

Nama Raja Shamri Bin Raja Hussin atau lebih mesra dikenali sebagai “Abang Raja” adalah tidak asing lagi di negara kita.

Di sebalik kejayaan beliau hari ini, insan ini sebenarnya telah melalui kehidupan yang sangat mencabar, perit dan penuh dengan liku-liku. Namun, pengalaman itu jugalah yang menjadikan beliau lebih tabah, matang dan menjadi dorongan kepada beliau untuk lebih kuat berusaha dalam impiannya membina Negara bangsa melalui kekuatan dalaman anak-anak.

Personaliti dan pendekatan yang sangat berkesan menjadikan beliau seorang ikon yang sangat berpengaruh, disegani serta contoh yang diteladani oleh segenap lapisan masyarakat.

Raja Shamri dilahirkan cacat tanpa sebelah kaki, pada 25 Mac 1975 di sebuah kampung di Pasir Puteh, Kelantan dengan keadaan serba kekurangan. Disamping dibesarkan bersama adik-beradik yang seramai tujuh orang, kecacatan kaki dan tangan yang dialami beliau telah memberikan impak besar dalam hidupnya lantaran kesukaran untuk bergerak, selalu diejek dan sebagainya.

Ayah yang hanya berpendapatan sebanyak RM300 sebulan dari kerja buruh dan menoreh, menyara beliau serta adik- adik dalam keadaan yang amat menyukarkan. Meskipun begitu hal ini tidak dijadikan alasan untuk beliau kecundang dalam pelajaran.

Bah kuning Kelantan pada tahun 2014 telah tanpa disedari meletakkan beliau sebagai peneraju satu gelombang bantuan yang merentasi sempadan dan yang menyatukan hati-hati jutaan rakyat Malaysia untuk datang membantu tanpa mengira perbezaan warna kulit dan fahaman politik.

Dengan nama panggilan The THIRDFORCE, beliau telah mengetuai satu gerakan bantuan awam terbesar dalam Negara, yang sehingga hari ini, masih terus membantu membina dan membaiki beratus buah rumah, jeti, surau, dan masjid, serta memberi bantuan persekolahan kepada anak-anak yatim dan sebagainya.

Kini, THIRDFORCE merupakan sebuah NGO berdaftar yang telah bertapak bukan sahaja di dalam negara malah juga di luar negara seperti di Qatar, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia. Perjuangan beliau hanya satu, – iaitu untuk mengajak semua orang untuk menjadi orang baik-baik.

Personaliti beliau yang sentiasa merendah diri dan berfikiran positif menjadikan beliau sangat mudah didekati. Beliau senang memberi nasihat dan suka berjenaka semasa menyampaikan ceramah-ceramah, menjadikan beliau begitu diminati ramai. Fanpage beliau kini sudah melebihi 700,000 ahli dan laman-laman sesawang milik beliau seperti Youtube dan sebagainya sentiasa dinanti oleh bukan sahaja bekas-bekas peserta program beliau, malah hampir seluruh rakyat Malaysia pelbagai bangsa.

Berbekalkan pengalaman hidup dan kejayaan hampir 16 tahun mengendalikan program kecemerlangan diri, akademik, kepimpinan dan sebagainya, Raja Shamri yang juga pemilik Golden Minds Consultant kini sentiasa mengendalikan program-program team building untuk badan korporat dan ajensi kerajaan, program pembangunan diri untuk para pelajar sekolah, IPTA/IPTS, Kolej Matrikulasi, serta para usahawan di seluruh negara, Brunei dan Indonesia.

Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Golden Minds Group kini menerajui juga beberapa syarikat dalam bidang pengiklanan dan penyiaran di samping di lantik menjadi Anggota Senat Industri Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Perunding Program Pembangunan Usahawan Yayasan Pembangunan Usahawan serta anggota penyelidik di beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi terutama didalam bidang penyelidikan yang berkaitan kemaslahatan golongan miskin dan asnaf seluruh negara.

Beliau adalah antara motivator anak muda Melayu yang sangat disegani kerana usaha dan semangatnya. Walaupun dilahirkan cacat, berkaki palsu dan membesar dalam keluarga penoreh getah, namun semangat juangnya untuk mengubah nasib diri dan masyarakat meletakkan beliau di mana beliau berada sekarang.

Beliau bukan sahaja menyeru orang ramai untuk menjadi baik, memberi inspirasi kepada jutaan anak muda tetapi juga membuktikan kata-katanya dengan turun sendiri membantu asnaf dan orang miskin di seluruh negara. Kata-kata yang sering menjadi pegangan hidup beliau ialah “Kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yang berusaha luar biasa

 

AWARDS AND ACHIEVEMENT

Founder of The Humanitarian and Emergency Relief Organization
(The 3rd Force)

Member of the Industrial Advisor Panel (IAP)
University Tenaga Nasional (UNITEN)
Ikon Belia Negeri Kelantan 2015
Awarded by Majlis Belia Kelantan
Kementerian Belia dan Sukan

Tokoh Anak Muda Negeri Kelantan (2015)
Awarded by the Kelantan State Government

Wira Rakyat 2015
Awarded by the Kelantan State Government

Training Consultant for
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)
Economic Planning Unit (UPEN) Prime Minister Department
Kementerian Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWK)
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Malaysian Palm Oil Board
Pejabat Istana Negeri Terengganu
Agensi Pengurusan Bencana Negara
Institut Tadbiran Negara (INTAN)

a member of

International Association of Volunteers Effort (IAVE)
International Coach Federation (ICF)
National Federation of NLP (NFNLP)

Malaysian Institute of Management (MIM)
Malaysian Institute of Human Resource Management (MIHRM)
Institute of Marketing Malaysia (IMM)
Malaysian Institute of Corporate Governors (MICG)

Reflections

Firman Allah

  • Surah Al-Hujurat, Ayat 12
    “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”
  • Daripada Abi Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabdayang maksudnya:
    “Awasailah kamu dari sangkaan, kerana sangkaan itu sebohong-bohong cerita. Jangan kamu mengintip, jangan kamu berebut-rebut, jangan kamu berhasad dengki, jangan kamu bermusuh-musuhan dan jangan kamu berkelahi, malahan jadikanlah diri kamu hamba Allah yang bersaudara.” [HR. Muslim].
  • Firman Allah SWT.:
    قُتِلَ الْخَرَّاصُونَ Yang maksudnya: “Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja.” [Surah Adz-Dzaariyaat, Ayat 10]. [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur’an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 1403.].
 

 Terdapat sedikit kekeliruan tentang biodata abangraja dan saya sudah perbetulkan. Beliau tidak menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana Sains (Msc.) dan ijazah kedoktoran di UiTM sebagaimana yang segelintir perkatakan … dan kami juga tidak pernah menulis begitu sebelum ini sebagaimana yang segelintir salah faham.

Wallahu’alam. (Hubungi kami : 019-770 8767)

Recent Posts

  • LATIHAN MEMANAH PARALIMPIK
  • BAIKI TANDAS & DAPUR , SAYUTI SEKELUARGA
  • EDARAN PEK BARANGAN DAPUR BULANAN KEPADA FAKIR MISKIN
  • ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG
  • SEPERTI MALAYSIA TAHUN 60-70AN
  • PT 587 Tingkat 1 Wakaf Lanas Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu 16800 Pasir Puteh Kelantan
  • 09-7868787
  • 09-7868788
  • rshamri@hotmail.com

Leave us a message

Follow us on fb

  • Horizontal Nav
  • Left Sidebar
  • Left Nav
  • Left Nav + Sidebar
  • Right Sidebar
  • Right Nav
  • Right Nav + Sidebar
  • Side Nav + Image Frames

We Are The 3rd FORCE© 2019 the-3rdforce.org All rights reserved.