MENU

UTAMA

Kerusi Roda Untuk Ibu Sukarelawan

Kerusi Roda Untuk Ibu Sukarelawan

Kita mendapat khabar bahawa ibu kepada sukarelawan 3rd Force di Berek Pak Tua Long, Rantau Panjang memerlukan kerusi roda.

Makcik Rafeah (72 tahun) mengalami strok kali kedua yang mengakibatkan pergerakan beliau terbatas dan memerlukan bantuan orang lain untuk menguruskan diri. Sukarelawan Kak Mah terus menghantar sebuah kerusi roda yang kebetulan sudah ada di bilik gerakan 3rd Force Rantau Panjang.

Abang Raja selalu mengingatkan agar sentiasa membantu sukarelawan kerana mereka juga tergolong dalam B40 dan merupakan tulang belakang dalam gerak kerja kemanusiaan ini.

Terima kasih kepada Tuan dan Puan yang sentiasa menyumbang dan berdoa untuk kebaikan semua. Juga terima kasih kita kepada para SUKARELAWAN yang telah bersusah payah menginfakkan masa dan tenaga dalam membantu. Semoga segala kebaikan yang Tuan dan Puan sumbangkan ini mendapat balasan yang lebih mulia dan tinggi daripada Allah SWT.

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.
#jomjadiorangbaikbaik

UNIT MEDIA
YAYASAN RAJA SHAMRI

Terkini Di 3rd Force

Pergi ke Arkib Berita