MENU

UTAMA

Komputer Riba Dan Mesin Pencetak Untuk Pelajar KKTM

Komputer Riba Dan Mesin Pencetak Untuk Pelajar KKTM

Yayasan Raja Shamri (YRS) telah menyumbangkan 2 buah komputer riba dan mesin pencetak kepada Muhamad Ashraf Aiman dan Che Nur Iman, anak-anak cemerlang yang baru mendaftar di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas dalam program Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa). Kisah kedua-dua anak cemerlang ini telah kita siarkan sebelum ini dan telah mendapat perhatian Pengerusi Eksekutif Yayasan Raja Shamri.

Sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh YM Tn Hj Raja Shamri Raja Husin kepada Muhamad Ashraf dan Nur Iman di KKTM Pasir Mas diiringi Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik KKTM Pasir Mas, Ts. Hasrun Mohd Hassan. Turut hadir Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, En Rohizal Mohd Radzi.

UNIT MEDIA
YAYASAN RAJA SHAMRI

Terkini Di 3rd Force

Pergi ke Arkib Berita