MENU

UTAMA

Mak Cik Minah Kembali Ke Rahmatullah

Mak Cik Minah Kembali Ke Rahmatullah

Innaa Lillahi Wainna Illaihi Raji’un

AL-FATIHAH buat Aruah Makcik Minah Binti Nata seorang pesakit buah pinggang kronik kehilangannya hari ini amat terasa kerana tidak banyak jasa yang dapat dicurahkan beliau telah pergi buat selamanya. 

Para sukarelawan hari ini Kunjung Kasih ke rumah Aruah Makcik Minah sambil berkongsi rezeki yang termampu kepada wakil keluarga Aruah semoga dapat sedikit membantu untuk melancarkan urusan pengkebumian Aruah dan semoga Allah swt selalu menerima seluruh amal kebaikanmu, dan semoga Allah swt memilih tempat yang paling indah yaitu surgaMu, Amin Ya Rabbal Alamin.

(Kisah Penuh Aruah Makcik Minah)

https://www.facebook.com/The3rdForceSabah/posts/102861818144283

Semoga keluarga yang di tinggalkan tetap tabah dan terus kuat di hari-hari mandatang. Begitulah peribahasa ajal dan pertemuan itu milik Allah swt kita sebagai hamba yang kerdil ini tak mampu melawan takdir yang sudah disusun dijalan setiap manusia dimuka bumi ini. Kita hanya mampu berdoa agar di berika Rahmat dan Hidayahnya. 

Terima kasih kepada semua para penyumbang di luar sana, serta para SUKARELAWAN yang telah sama-sama menginfakkan masa, tenaga, harta serta tidak putus-putus berdoa untuk kebaikan semua. Semoga segala kebaikan yang Tuan dan Puan sumbangkan ini mendapat balasan yang lebih mulia dan tinggi daripada Allah SWT. 

Jom sertai kami kita sebarkan kasih sayang anda dalam misi kemanusiaan kami agar gelombang jom jadi orang baik-baik terus bersinar.

12 Februari 2022 – LAHAD DATU

THIRDFORCE SABAH

Terkini Di 3rd Force

Pergi ke Arkib Berita