Hari ini berlangsung penyerahan kunci rumah baharu untuk keluarga Puan Ruslizawati di Kg Serungga, Pasir Mas. Penyerahan kunci diserahkan oleh wakil Yayasan Raja Shamri bersama wakil 3rd Force Pasir Mas dan sukarelawan.
Rumah baharu Puan Ruslizawati ini dibina di bawah Program Bantuan Infrastruktur Yayasan Raja Shamri. Pembinaan bermula pada bulan Mei 2021 dan terhenti beberapa kali akibat PKP. Dengan siapnya rumah ini akan memberi keselesaan kepada Puan Ruslizawati dan anak-anaknya berbanding rumah lama mereka yang terlalu usang dan uzur.
Terima kasih kepada Tuan dan Puan, orang baik-baik di luar sana yang turut sama menyokong dan membantu keluarga ini. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT.
Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.
#jomjadiorangbaikbaik
UNIT MEDIA
YAYASAN RAJA SHAMRI




