MENU

UTAMA

Serahan Cermin Mata Untuk Pak Man 

Serahan Cermin Mata Untuk Pak Man 

“Kak Mah, cermin mata untuk Othman bin Ismail (Pak Man) dah siap.” Wassap yang kita terima dari penyelia kedai cermin mata Rozaimi. Di kedai inilah kita membuat cermin mata untuk asnaf kita ini.

https://www.facebook.com/100044490821385/posts/491145915711765/?d=n

Kita ada menceritakan kisah Pak Man yang perlukan cermin mata beberapa hari lalu. Untuk yang terlepas cerita Pak Man boleh tekan link diatas untuk mengetahuinya.

Wujudnya YRS yang mana 3rd Force berada di bawah naungannya, banyak memberi manfaat pada yang memerlukan tanpa kerenah birokrasi. Kita membantu pada yang betul-betul layak. Bila kita dimaklumkan ada kes yang perlukan pertolongan, kita akan turun kelapangan menyiasat dan menghubungi penghulu serta bertanya masyarakat sekitar, dapatkan maklumat adakah seseorang itu layak dibantu.

Sejurus selapas pesanan ringkas kita terus ke kedai untuk membuat bayaran dan mengambil cermin mata. Terima kasih Yayasan Raja Shamri yang menjelaskan bayaran ini. Kita amat terharu atas keprihatianan YRS membantu rakayt marhaen. 

Selesai membuat pembayaran kita menghala ke rumah Pak Man yang mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan. Sesampai di rumahnya, kita dimaklumkan Pak Man tidak berapa sihat, sakit kepala. Mungkin akibat dari masalah mata yang sedang dihadapinya.

Kita menunggu Pak Man di serambi rumahnya. Kita hanya ingin serahkan cermin mata dan ingin berlalu pergi dengan segera, agar tidak mengganggu masa rehatnya.

Tersenyum melihat cermin mata yang kita bawakan dan ucapan terima kasih tak putus-putus diucapkan semasa mencuba memakai cermin mata.

“Olohh cerahnya napok, hok jauh pun napok juga,” ucap Pak Man. Kali ini tiada lagi masalah penglihatan yang menyukarkannya menghantar anak ke sekolah dan dalam pekerjaannya.

Gunalah nikmat penglihatan yang telah Allah SWT anugerahkan kepada kita untuk menikmati alam ciptaanya ini. Betapa indahnya alam ini!!! Subhanallah…Maha Sucimu Ya Allah..

Terkini Di 3rd Force

Pergi ke Arkib Berita