Beberapa hari yang lalu kita ada ke rumah seorang asnaf di bawah seliaan kita. Tujuan kita kesana adalah sampaikan amanah penyumbang dengan sampaikan barangan basah. Selesai serahan tersebut, kita dibawa ke sebuah surau yang terletak betul-betul dihadapan rumah dengan jarak 15 meter sahaja.
Kita dimaklumkan PA system dan speaker rosak, dan jemaah surau berbesar hati seandainya ada yang sudi menyumbang untuk kegunaan orang ramai. Kita juga ada sumbangankan beberapa biji kipas angin beberapa bulan yang lalu.
Tiga kali seminggu akan diadakan kuliah agama di sini dan untuk anak-anak setiap hari kelas mengaji Al-Quran diadakan. Ianya diadakan selepas zohor.
Setiap waktu penduduk kampung akan datang solat berjemaah di surau ini. Namun sejak PA system dan speaker rosak, azan tidak dapat dilaungkan dan bila ada kuliah agama, ustaz hanya yang ada dalam surau sahaja yang dapat mendengarnya.
Sebelum ini, ibu-ibu yang tak dapat ke surau kerana keadaan tidak mengizinkan pun dapat mendengar kuliah agama dari rumah, namun kini tidak lagi.
Apa kata kita membantu surau ini dengan sumbangkan PA system dan speaker. Betapa besarnya ganjaran yang akan kita terima nanti. Kita mempermudahkan urusan mereka terutama dalam bab agama. Mengajak orang ramai ke arah kebaikan.
Mana kita tahu disebabkan terdengar azan yang dilaungkan oleh bilal di surau, menggunakan PA system dan speaker sumbangan kita semua ,ramai yang akan datang solat. Pahala berpanjagan akan terus mengalir.
ThirdForce Rantau Panjang
Kak Mah




