Beberapa minggu yang lepas, kami dihubungi Junaidi Jalaluddin tentang seorang warga emas asnaf yang memerlukan bantuan. Warga emas dari Pasir Panjang Laut ini diserang strok.
Sukarelawan yang uruskan kes ini, Pn Che Za maklum bahawa Third Force Perak pernah 3 kali hantar bantuan makanan kepada Makcik Sharipah bt Ayob (71). Makcik Pah seorang kurang upaya sejak muda.
Minggu lepas Pn Che Za menziarahi Makcik Pah sekali lagi untuk menyampaikan 2 tin susu Ensure dan lampin pakai buang dari penyumbang.
Terima kasih Pn Syakira dan Pn Nurul. Amanah anda kami sudah tunaikan. Semoga sumbangan ini menjadi pahala jariah kepada puan.
Jom sebarkan kebaikan, jauhi kebencian.
Miss Cheah
The Third Force Perak
30 Januari 2022



